Tetapi berdetik hati kecil saya, apakah sebab itu kerajaan dituduh sebagai zalim.Walaupun saya akui harga barang agak meningkat tetapi Alhamdulilah berkat dari gaji halal setiap bulan yang kecil ini saya mampu menyara anak-anak serta isteri.
Soalan kerajaan zalim masih membelenggu kotak fikiran saya sehingga satu hari kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Kemudian saya mendengar ceramah yang dianjurkan oleh UMNO mengenai cara-cara permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan siapa yang layak.Ketika itu hati saya berdetik lagi jika kerajaan zalim mengapa perlu diberikan bantuan sebegini.Oleh kerana pendapatan saya yang rendah saya layak memohon bantuan berkenaan.
Pada ceramah tersebut,saya diberi penerangan bukan sahaja Bantuan Rakyat 1 Malaysia tetapi lain-lain bantu kerajaan lain seperti Kedai Rakyat 1 Malaysia,Bantuan persekolahan untuk anak-anak dan bermacam lagi.
Sekali lagi hati saya berdetik mengapa kerajaan yang zalim ini begitu prihatin membantu rakyatnya? Hati saya memberontak ingin mendapatkan penjelasan dari orang di dalam Pakatan Rakyat.
Pada ceramah anjuran Pakatan Rakyat saya bertanya kepada mereka mengapa kata kerajaan zalim sedangkan pelbagai bantuan dihulurkan tetapi jawapan yang saya dapat cukup mengecewakan BANTUAN TU SEMUA GULA-GULA PILIHANRAYA. Cukup mudah jawapan yang diberikan. Begitu mudah mereka menuding jari tanpa alasan yang munasabah.
Kerajaan tidaklah sezalim apa yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat,jika kerajaan zalim dah tentu saya dengan gaji yang kecil dengan tanggungan ini tidak mampu hidup didalam negara ini. Saya mampu ada tempat berteduh, pakaian, makanan, dan kenderaan untuk saya berulang alik ke tempat kerja.
Alhamdulilah saya baru sahaja menerima duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan sedikt sebanyak meringankan perbelanjaan harian saya.
Akhir kata dari saya, bersyukurlah dengan apa yang kita ada jangan satu hari nanti kita tidak mampu menikmati nikmat yang kita dapat hari ini pada hari esok.
No comments:
Post a Comment