Tuesday, March 31, 2009

PENIPU

dipetik dari: mykmu.net by dukeofmontecristo

Saya agak terkejut. Dalam masa beberapa minggu sahaja, tiga pilihanraya kecil akan diadakan. 2 darinya akan diadakan pada 7hb April 2009 iaitu untuk Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau. Ermmm...nampaknya begitulah senario politik negara sekarang. Sedar atau tidak, kemelut politik sedang melanda negara kita akibat dari keputusan PRU12 yang lalu. Pokoknya, apakah ketidakstabilan politik ini berpunca dari kekuatan Pakatan Rakyat atau lemahnya Barisan Nasional?

Kalau kita lihat dari sudut statistik keputusan PRU12 yang lalu, BN kehilangan 5+1 negeri dan pihak PR memenangi majoriti yang tidaklah sekuat mana, kecuali Kelantan. Kelantan menang dengan majoriti selesa akibat "sumbangan" kempen "manager" yang hebat berslogan "18, Pade Doh!". Setelah 11 bulan dengan pelbagai sketsa seperti "16 September", "we have the numbers.." dan sebagainya, budaya lompat melompat parti menjadi satu perbualan hangat dikalangan ahli-ahli politik sama ada di peringkat parlimen atau di peringkat "kedai kopi".

Dimulakan dengan satu lompatan oleh YB Nasa dari DUN Bota Perak bertukar menyertai PKR, maka bermulalah episod lompat melompat ini. YB Naza diterima meriah oleh PR dan gegak gempita bekas MB Nizar waktu itu memuji lompatan YB Nasa itu. "Inilah demokrasi..!"katanya. Namun, bekas MB tersebut tidak tahu bahawa lompatan itu ialah lompatan berbisa yang di"acah-acah"kan kepadanya. 11 Hari kemudian, maka lompatlah kembali YB Nasa ke pangkuan BN bersama 3 lagi ADUN yang melompat dari PR menjadi ADUN bebas (exco pulak tu..). Tapi, oleh kerana 2 ADUN tersebut terbabit dengan skandal rasuah, maka belum lagilah diterima keahliannya menyertai BN meskipun kedua-duanya memihak kepada BN. Maka, majoriti kini beralih tangan secara konstroversi dan Nizar enggan meletak jawatan walaupun dititah oleh Baginda Sultan untuk berbuat demikian. Nizar memohon DERHAKA pada DYMM Sultan Perak! Penyokong PR seluruh negara mengecam dan mengutuk DYMM Sultan di laman-laman blog dan portal. Karpal lantang ingin mendakwa DYMM Sultan Perak. Maka gegak gempitalah arena politik Malaysia sekali lagi. Laporan Polis setiap hari dilakukan. Nizar mendakwa Zamry sebagai MB haram, dia yang halal. Nizar enggan sama sekali menerima hakikat bahawa dia bukan lagi MB Perak sebenar, malah "Camry" milik Kerajaan Negeri Perak pun enggan diserahkan. Begitulah kemelut di Perak.

Di Bukit Selambau lain pula ceritanya, si ADUN pula membuat angkara yang membuat diri sendiri yang sengsara. Pening kepala dengan tekanan. Memorandum diserahkan oleh 500 penduduk DUNnya yang menyatakan ADUN mereka itu tidak bermoral dan memalukan. Maka si ADUN pun "hilang", kononnya "hilang" ke "Chennai". Tiba-tiba MB Kedah terima surat perletakan jawatan. Petangnya letak jawatan sebagai Exco, malamnya pula sebagai ADUN Bukit Selambau. Kemudian, V. Arumugam memberi alasan tertekan dan rasa dirinya di"anak tiri"kan oleh pihak Kerajaan PAS Kedah. Hairan, kemaruk dengan kuasa, ADUN yang sebegini pun tidak disiasat terlebih dahulu sebelum dilantik untuk menjadi ADUN PR, diberikan jawatan Exco pulak tu? Nampak sangat PAS cuba mengambil hati pengundi bangsa India, padahal PAS sendiri tidak kenal dengan India yang sebenar. Jika PAS kenal, mengapa di angkat India itu menjadi Exco? Tidakkah Ust. Azizan tahu bahawa masyarakat India lebih suka tidak berwakil di dalam kerajaan berbanding berwakilkan India yang tidak bermoral? India dan agamanya begitu mementingkan moral dalam kehidupan mereka selama ini. Malangnya, Ust. Azizan begitu "celik" dengan melantik seorang India yang sebegitu menjadi wakil masyarakat India di Kedah. "Buat malu kaum india jaaaa..!" kata kawan saya, Velu Krishnandasamy.

Dan terkini. Kes Eliz Wong, yang meletak jawatan sebagai ADUN Bukit Lanjan, Selangor. Sebuah lagi bukit! Kali ini dengan kes gambar bogel/separa bogel. Khabarnya gambarnya sedang tidur. Entahlah. Saya sendiri tidak melihat gambar tersebut. Kalau ada pun, tak ingin saya melihatnya (dosa rasanya melihat gambar sedemikian..hehehehhe). Maka satu lagi DUN menjadi rebutan. "Kasihan "amoi" ni...di aniaya. Alaaaa...kita pun kalau tidur, selalu terselak sana sini kain pelikat atau baju kelawar tu...". "Pasai apa la nak pi dedah gambaq tidoq amoi tu? tu kerja nak naya orang la tu...". "Ini mesti kerja orang BN ni...!!!". Begitulah tanggapan umum tentang kes yang menyebabkan Eliz Wong dari PKR ni letak jawatan. Tapi yang pastinya bekas "boyfriend"nya bukan dari BN...tapi dari PKR sendiri! Apa ni? PKR aniaya PKR ke??? Hehehhehhe...

Begitulah kerenah ADUN dan pemimpin dari Pakatan Rakyat. Caca Merba. Haru dibuatnya! Belum sampai setahun, macam-macam gelagat "depa" ni. Itu pun bukan main! Sebelum PRU12, "depa" ni la yang dok kata depa la yang "the best!". Depa la "hero rakyat", "pembela rakyat", "suara rakyat" dan macam-macam "rakyat" lagi. Yang terkini pula Al-Jub (gelaran yang diberi oleh Mat Sabu kepada "nya" pada 1978/82) mendakwa "mahkamah rakyat" pulak! Padahal tak ada pun dalam dunia yang bertamadun sekarang ini dengan perkara "mahkamah rakyat" (lain la zaman tak bertamadun dulu...). Yang pastinya PR semakin memperlihatkan kebodohan dan penipuannya sehari-hari! Itulah yang semua rakyat nampak sekarang, kecuali yang potong 18 pun dok sebut..PAS...PKR...DAP.....hehehhehhehe...memang taksub depa ni...kalau tanya tak ngaku pulak! Retorik semata-mata!!!

Wallahua'alam...

No comments: