Tuesday, February 18, 2014

SIAPA DAP SEBENARNYA ?

Bagi yang masih tidak nampak
, saya ingin menjelaskan beberapa perkara pokok tentang DAP supaya kita boleh menilai sendiri samaada kita boleh bersama mereka ataupun tidak :- 1. Perlembagaan Dari segi perlembagaan jelas menunjukkan DAP memperjuangkan ideologi sosialis. Ini amat bertentangan dengan Islam. 2. Malaysian Malaysia Konsep menghilangkan identiti bangsa memang menjadi dasar perjuangan DAP. Mereka tidak mahu lagi rakyat di negara ini mengenali diri mereka sebagai Melayu, Cina atau India. Tetapi sebaliknya semuanya berbangsa Malaysia. Sekali lalu nampak macam tidak ada apa tetapi disebaliknya mereka cuba menghilangkan yang utamanya identiti Melayu. Dengan itu secara automatiknya Islam yang ada pada orang Melayu dalam perlembagaan akan boleh dipertikaikan. 3. Memperjuangkan Pluralisme Jelas DAP amat beriman dengan konsep pluralisme ini iaitu menyamakan semua agama. Maka sebab itu bantuan diberikan kepada semua agama. Kedudukan semua agama juga diberi pengiktirafan dan layanan yang sama juga diberi pada semua agama. 4. Memperjuangkan Liberalisme DAP juga amat kuat memperjuangkan liberalisme yang mengutamakan kehendak manusia dan mengiktiraf kebebasan setiap individu dalam menentukan apa yang mereka ingin lakukan tanpa boleh digugat. Maka sebab itu LGBT dan yang seumpamanya boleh diterima oleh mereka sebagai sebahagian hak asasi manusia. 5. Menolak hukum Islam Kenyataan membuktikan bahawa sudah beberapa kali pimpinan utama DAP menolak hukum Islam dan menyatakan bahawa PR tidak menjadikan perlaksanaan hukum Islam sebagai dasar perjuangan. Hujah yang mengatakan mereka semakin dekat kepada Islam adalah hujah yang sangat dangkal yang tidak ada bukti kukuh. Hanya mereka yang buta saja gagal untuk memahami sikap DAP ini. Banyak lagi yang boleh dicoretkan terhadap DAP yang tidak memungkinkan mana-mana umat Islam boleh menerima perjuangan mereka. Bagi mereka yang cuba untuk menjernihkan DAP dan mengajak umat Islam menyokong DAP adalah seorang yang dangkal ilmunya. Mungkin mereka ada niat lain yang tersembunyi yang hanya Allah SWT saja yang tahu, namun mereka jangan lupa bahawa tindakan mereka ini akan menambahkan kekeliruan dikalangan umat Islam dan mereka akan bertanggungjawab dihadapan Allah SWT nanti.

No comments: