Friday, January 11, 2013

TUKARKAN BENDERA MALAYSIA #KL112

M
Menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat atau juga dikenali sebagai Himpunan Selamatkan Shamsidar #KL112, beberapa tuntutan-tuntutan tidak masuk akal dari pihak penganjur mula jelas kelihatan.
tidak faham kenapalah pihak penganjur begitu sakit hati dengan bendera negara Malaysia, sehingga menuntut agar Jalur Gemilang agar diganti. Gerakan untuk menukar Jalur Gemilang oleh juak-juak Pakatan Pembangkang telah dimulai sejak awal tahun baru 2012. Kini genap setahun tuntutan mereka yang masih belum terlaksana. Nampak gayanya kali ini tuntutan-tuntutan menghentam SPR supaya mengendalikan pilihanraya dengan adil seperti yang mereka lakukan semasa Himpunan BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 telah senyap sepi. Ini berikutan lawak antrabangsa yang dilakukan oleh DAP dengan menukarkan keputusan undian Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini. Bagaimana hendak salahkan SPR lagi sedangkan pilihanraya partipun penuh dengan penipuan dan kesilapan.

No comments: