Tuesday, November 6, 2012

Adakah anda telah lupa janji-janji bintang mereka ini?!!!


Adakah anda telah lupa janji-janji bintang mereka ini?!!!
Menguatkuasakan perlindungan alam sekitar bagi mengelak bencana seperti tanah runtuh dan banjir. Namun, ternyata apa yang berlaku ialah alam sekitar semakin ‘hancur’ di dalam tangan Pakatan Rakyat.
Kerajaan PKR Selangor telah membenarkan perlombongan pasir secara haram di Paya Indah Wetland Dengkil dengan anggaran keuntungan RM350 juta.  Hasil dari kerja haram ini pula dikaut oleh kroni Menteri Besar, Khalid Ibrahim sendiri. Para pekerja lombong haram ini juga seringkali berlagak samseng terhadap penduduk sekitar dan memandang sepi segala kritikan.  Ini disyaki kerana mereka mendapat perlindungan dari pihak kerajaan negeri sehingga membolehkan mereka bermaharajalela tanpa segan silu atau takut.
Di Kedah pula, pembalakan tidak bertanggungjawab berleluasa sehingga menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang sebelum ini belum pernah mengalami banjir.  Walaupun kerajaan Kedah menyalahkan kelulusan permit balak oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu, namun mereka tidak mampu menjawab kenapakah tempoh permit yang luput setiap tahun itu terus diluluskan oleh kerajaan PAS pula.
Di dalam Buku Jingga, PR mengulangi janji mengenai  Alam sekitar iaitu akan memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dikawal. Bagaimana mereka boleh memenuhi janji ini jika janji yang sama dalam Manifesto 2008 juga tidak ditunaikan malah menambahkan lagi kerosakan alam sekitar? Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman di Selangor sebanyak 20% Janji ini dilihat sebagai tidak masuk akal kerana ia pasti akan membebankan kerajaan negeri.
Seperti yang dijangka, selepas memenangi Pilihanraya, janji ini juga tidak ditunaikan malah lebih buruk, beberapa kawasan seperti Kg. Baru Bt 11 Cheras, Kg Baru Serdang dan Ulu Yam telah menerima notis kenaikan cukai pintu bermula Julai 2010. Menurut Buku Jingga, PR berjanji akan berlaku adil dan telus serta mengurangkan beban rakyat dengan berbagai cara.  Namun bagaimana kerajaan yang terbukti  telah mungkir janji malah menipu rakyat boleh berlaku adil?
Dengan kenaikan cukai pintu yang berlaku di Selangor selepas memenangi Pilihanraya walaupun berjanji akan mengurangkannya dalam Manifesto 2008, membuktikan yang janji dalam Buku Jingga juga hanyalah janji kosong belaka. Bekalan 20 meter padu air percuma di Selangor Akibatnya, 35% kawasan di daerah Selangor menghadapi masalah bekalan air yang berkarat dan kotor kerana pemberian air percuma telah menjejaskan kos penyelenggaraan  serta tidak memungkinkan perkhidmatan sekali gus bekalan air yang sempurna kepada rakyat.
Sebahagian besar punca masalah ini ialah ketidakmampuan kerajaan PKR Selangor untuk menggantikan saluran paip baru walaupun mereka telah menelan ratusan juta dari kegiatan haram lain. Pemberian air percuma ini sebenarnya telah meningkatkan hutang kerajaan negeri Selangor di mana dari tahun 2009 – 2011 sahaja hutang kerajaan negeri akibat subsidi air percuma berjumlah RM142.5 juta. Di Kedah pula, kerajaan Kedah telah dengan selambanya menaikkan tariff air domestik sehingga 44% atau 10 sen per meter padu.
Pulau Pinang juga telah menaikkan tariff air sebanyak 25% atau 2 sen per meter padu atau RM2-RM5 sebulan) dengan bayaran surcharge sebanyak 24 sen pada 35,000 liter sebulan. Buku Jingga sekali lagi mengulangi janji manis yang sama mengenai bekalan air dalam Program 100 hari PR.  Namun bagaimana rakyat boleh mempercayainya sedangkan setelah hampir 3 tahun memerintah, janji bukan sahaja hanya tinggal janji tetapi perkhidmatan semakin buruk dan harga air juga meningkat secara drastik.
PR berjanji akan menyelamatkan Kg Buah Pala, Pulau Pinang Ketika kempen PRU 12, Anwar Ibrahim berjanji akan menyelesaikan masalah penduduk Kg. Buah Pala dalam masa 2 minggu sahaja jika Pulau Pinang berjaya ditawan Pakatan Rakyat. Namun, apa yang terakam dalam sejarah ialah masalah tidak selesai tetapi Kg. Buah Pala pula yang ‘selesai’ di tangan DAP.  Penduduk kampung hanya mampu melihat sahaja kampung tersebut dirobohkan tanpa belas kasihan oleh DAP. Buku Jingga juga berjanji yang PR akan menubuhkan Perbadanan Perumahan, mengatasi masalah setinggan dan peneroka, menyediakan bantuan naik taraf rumah kos rendah dan PPR dan lain-lain lagi.
Namun dari apa yang berlaku di Pulau Pinang, terutamanya Kg. Buah Pala yang mana janji dilafazkan dengan sumpah, maka seeloknya, Buku Jingga ini dibakar sahaja kerana sudah tentu janji kali ini juga bohong belaka.  Silap haribulan, rakyat bukan sahaja akan dihalau dari kampung malah akan dibebankan dengan kos perumahan yang lebih tinggi di bawah Pakatan Rakyat.  Ini tidak mustahil apabila melihat di negeri itu di mana setelah kampung-kampung Melayu dan India dihapuskan, kos perumahan di Pulau Pinang pula semakin meningkat.  Ini menjadikan pemilikan rumah adalah mustahil bagi rakyat yang berpendapatan rendah yang rata-ratanya kaum India dan Melayu.
Janji DAP untuk menghapuskan tol Jambatan Pulau Pinang (RM7) dan tol Sg. Nyior (50 sen) Akhirnya janji tinggal janji, tol tetap di situ dan DAP langsung terlupa yang mereka pernah berjanji sedemikian. Untuk makluman, Buku Jingga juga menekankan soal penghapusan tol. Jika persoalan ekonomi dalam Buku Jingga diambil kira iaitu termasuk dengan penghapusan tol, kerajaan pusat akan mengalami defisit dalam belanjawan negara sebanyak RM199.0 billion – RM253.8 billion atau 27.% – 35.1% dalam tahun 2011 sahaja.
Jelas di sini bahawa janji mengenai tol di dalam Manifesto 2008 mahupun Buku Jingga dibuat tanpa menggunakan akal kerana PR langsung tidak berniat untuk menepatinya. Janji DAP untuk menghapuskan bayaran parkir pada hari Sabtu dan Ahad Janji ini bukan sahaja tidak ditepati, malah DAP juga telah membebankan lagi rakyat dengan memanjangkan tempoh pembayaran parkir dari waktu asal 8.00 pg – 5.00 ptg kepada 8.00 pg – 12.00 mlm.
Sebenarnya, soalnya di sini bukanlah soal parkir semata-mata tetapi soal ketidakupayaan kerajaan PR untuk menjana ekonomi. Mereka hanya tahu mencari wang dan bukannya menjana pendapatan negeri.  Kerana itulah mereka cuba meraih pendapatan tunai secara langsung melalui rakyat marhaen seperti melalui bayaran parkir. Senario yang sama boleh dilihat juga dalam kerajaan PAS Kedah yang terang-terangan mengakui tidak tahu cara lain untuk menyelesaikan masalah hutang berkaitan isu air, maka segala kos diletakkan di bahu rakyat Kedah dengan menaikkan kadar tariff air.  Begitu juga dengan balak, apabila disoal kenapa ia masih berleluasa, jawapannya ialah kerana ketiadaan sumber ekonomi yang lain. Sehingga hari ini, hampir 100% pelaburan yang masuk ke negeri-negeri PR adalah hasil titik peluh kerajaan BN Pusat sekarang.
Walaupun terbukti tidak berupaya menjana ekonomi, Buku Jingga bagaimanapun membuat janji-janji yang lebih besar dari segi ekonomi.  Antaranya, meningkatkan pendapatan isi rumah, memberi skim bantuan dan kebajikan untuk warga emas, ibu tunggal, ‘air percuma’ dan berbagai-bagai lagi. Fikirkanlah, sedangkan janji mudah seperti parkir di dalam Manifesto 2008 juga tidak mampu ditunaikan, bagaimana rakyat boleh mengharapkan mereka untuk menunaikan janji yang jauh lebih besar dalam Buku Jingga ini? Ini hanyalah  sebahagian dari kupasan ringkas mengenai janji dalam Manifesto 2008 jika dibandingkan dengan Buku Jingga.
Tetapi sebahagian yang ringkas ini juga sudah cukup untuk membuktikan yang Buku Jingga Pakatan Rakyat tidak punya nilai langsung.   Justeru, adalah disarankan agar kalau tidak dibakar Buku Jingga ini, harus ia dijadikan sampah untuk dikitar semula sahaja.  Sekurang-kurangnya dengan cara itu boleh juga memberi faedah kepada rakyat dan alam sekitar.

Monday, November 5, 2012

Ingat Seks Ingat PR


Apapun sudah menjadi kebiasaan bagi para pemimpin PKR,DAP dan juga PAS sarat dengan skandal seks tidak kiralah dengan GRO, isteri orang malah dengan anak sendiri pun mereka bikin cerita. Tidak sah kalau tidak ada skandal seks dari kalangan mereka. Ingat seks ingat PR !!!

Sunday, November 4, 2012

MEMORENDUM HUDUD



KEPADA:    YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG Y.B. DATO’ HAJI MOHD SALLEH BIN MAN

DARIPADA:          PERSATUAN MUKABUKU PULAU PINANG

PENDAHULUAN:
Hudud adalah merupakan Hukum yang disyariatkan oleh Allah S.W.T seperti mana yang diteliti terhadap dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sangat terang dan jelas. Sebagai khalifah di muka bumi ini kita diwajibkan untuk menurut perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, kita wajib melaksanakan hukum Hudud kerana ia adalah merupakan tuntutan Allah S.W.T kepada kita semua.

Perlaksanaan Hukum Hudud dan lain-lain syariat Islam pasti dapat menyelesaikan masalah kerosakan moral dan sahsiah yang sedang mengancam masyarakat manusia dan pasti akan mewujudkan masyarakat yang aman damai dan makmur dalam keredhaan Allah. Demikian jaminan Allah dan Allah tidak akan memungkiri janji-janji-Nya.

Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang fasiq (derhaka)
(Surah Al-Maaidah, ayat 47)

Hukum Allah adalah tepat, adil, tidak lapuk dek peredaran zaman, bersesuaian dalam semua keadaan, tempat dan masa, dan amat berkesan dalam menangani masalah manusia.

KESIMPULAN:
                                      
Oleh yang demikian kami dari Persatuan Mukabuku Pulau Pinang yang mewakili aspirasi rakyat Negeri Pulau Pinang mendesak agar Y.B Dato; Haji Mohd. Salleh Bin Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Permatang Pasir  membentangkan usul perlaksanaan Hukum Hudud di Negeri Pulau Pinang dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Kedua Belas yang bersidang dari 1hb November 2012 sehingga 9hb November 2012 dan berjuang untuk memastikan usul Hukum Hudud diluluskan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini dan dilaksanakan dengan segera di Pulau Pinang.

Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir
(Surah Al-Maaidah, ayat 44)

Insyallah.

Terima kasih.

Bertarikh pada 1 haribulan November, 2012


Photo: Akhirnya.........setelah di desak dan memberi tekanan hebat kepada P.A  P.A Yb2 PR maka....--->MEMORENDUM UTK UNDANG-UNDANG HUDUD DI BENTANG DLM DUN PP  PADA SIDANG DUN KALI INI DAPAT DISERAHKAN KEPADA TANGAN YB PAS SENDIRI TEPAT JAM 1.15 TENGAH HARI pada 1-November-2012 walaupun jenuh menunggu dan meminta serta di perlakukan seperti peminta sedekah. Persatuan Mukabuku Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kpd wakil persatuan kerana akibat dari tekanan kuat yang beliau bagi kpd staff kerajaan negeri dan semua pegawai kanan kerajaan DAP yang berada di dlm kawasan DUN akhirnya akibat malu alah, YB Salleh Man, Yang Di Pertua Pas PP, YDP Majlis Agama Islam PP datang menerima memorandum tersebut.   Loparan mengenai memorandum draf Hudud Pulau Pinang boleh lah refer dalam Sinar.


Pintu Pagar Pun Tak Buka