Thursday, December 8, 2011

Siapa yang layak? RM 500



  • Pendapatan isi rumah bawah dari RM3000 sebulan
  • Yang layak adalah ketua keluarga yang terdiri daripada  orang yang dah berkahwin seperti bapa, ibu atau bapa tunggal yang ada tanggungan, warga emas  sebatang kara yang berumur 60 tahun keatas, bujang yang ada tanggungan (adik-adik-ni bagi kes yang anak yatim piatu ATAU yang ada anak angkat yang sah)
  • Mestilah warganegara Malaysia sahaja..bangla dan indon tak bley ok, p mintak kat kerajaan koranglah,buat pe nak sibuk dengan kerajaan Malaysia.
  • JIKA..dalam 1 rumah ada 2 kelamin atau lebih..contohnya, orang yang dah kahwin, samada dah ada anak atau belum tapi masih tinggal didalam 1 rumah sekali dengan ibu bapa, maka yang layak terima adalah bapa DAN anak yang dah kawin tu..bermakna 1 rumah itu layak terima 2 bantuan. (1 untuk bapa , 1 untuk anak yang dah kawin)
·         Borang HANYA akan dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri pada 10 Disember ini bersamaan hari Sabtu.  Bagi yang tak sempat ke LHDN (aku pasti dan gerenti hari itu mestri LHDN dikerumuni semua manusia) korang yang layak boleh dapatkan borang yang akan disiarkan di semua akhbar utama di Malaysia dan boleh di download di website Kementerian Kewangan pada 12 Disember .
·          
·         Bagi penjawat-penjawat awam, borang akan diedarkan di pejabat korang sebab di setiap pejabat akan ada seorang yang dilantik sebagai wakil. Lepas isi borang tu, korang hanya perlu serahkan borang tu pada wakil pejabat korang jer, tak perlu lagi ke LHDN.
·          
·         Bagi mereka -mereka yang tinggal dikampung-kampung, borang akan di edarkan kepada JKKKP kampung korang, dan tugas mereka adalah untuk menyerahkan borang itu pada korang, korang isi dan serahkan pada JKKKP itu. Nanti JKKKP itu akan serahkan pada LHDN .
·          
·         Borang adalah PERCUMA dan boleh di fotostate. Senang jer kan? Dan jika korang dikehendaki untuk membayar apa-apa, sila buat laporan polis sebab itu adalah penipu. DAN..jika korang dah terima atau diberi borang untuk tujuan itu sebelum dari entri aku ni atau lebih tepatnya sebelum dari 10 Disember..borang itu adalah borang palsu.
·          
·         Borangnya amat ringaks, tak perlu pengesahan sesapa, perlu dilampirkan Salinan Kad Pengenalan Ketua Rumah dan Salinan Slipgaji jika ada. Jika tak ada, its ok..tak pe.
·          
·         Hantarkan kembali kepada LHDN untuk pendaftaran dan  tunggu sehingga pekerja LHDN pulangkan slip terimaan . Simpan slip itu ntuk tujuan rujukan.. Pendaftaran adalah bermula pada 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012.
·          
·         Selain dari LHDN, korang boleh hantar borang tu di pusat-pusat terimaan lain yang akan dibuka di sekolah-sekolah terpilih yang akan dimaklumkan kemudian.
·          
·         Jika borang itu diserahkan melalui JKKKP, pastikan korang mintak slip terimaan tu dari diorang. Paham!
·          
·         Lepas borang dihantar ke LHDN, diorang akan semak dan proses borang tu. Jika tak berjaya, kita akan dimaklumkan melaui SMS atau surat.. Jika berjaya, kita akan dipanggil ke LHDN untuk menerima Baucer yang bernilai RM500 pada 15 Januari 2012 dan baucer itu boleh ditunaikan di semua kaunter Bank Simpanan Nasional di seluruh Malaysia..Bila-bila nak cashkan pun boleh. Tak ada masalah.
·          
·         Sebab apa diorang tak bagi tunai terus?? Sebabnya, bahaya . Ini untuk tujuan keselamatan. 
·          
·         Untuk keterangan lanjut mengenai pemberian bantuan ini, bolehla hubungi Talian Hotline ini 1-800-222-500.
·          
·         Itu jer info yang dapat aku berikan pada korang. Semoga ianya bermanafaat pada semua.Adeus!!!

No comments: