Kepada yang masih tak paham isu komunis ni,Mari kita kongsikan sedikit info supaya mereka ini tak la nampak bodoh sangat.
- Kekejaman yang dilakukan oleh Chin Peng yang mengetuai PKM selama lebih 41 tahun adalah di luar batasan kemanusiaan.
- 'Dalang' yang menyokong kemasukan semula Chin Peng ke Malaysia dipelopori terutamanya oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang dan NGO-NGO yang berteraskan kaum Cina.
- Usaha pemimpin-pemimpin parti pembangkang dan NGO-NGO berteraskan kaum Cina untuk membawa pulang ke Malaysia menunjukkan bahawa terdapat sentimen perkauman yang menebal yang cuba diwujudkan.
- Amat sedih apabila terdapat orang Melayu beragama Islam dan kononnya memperjuangkan Islam seperti Mat Sabu menyokong perjuangan Komunis semata-mata untuk kepentingan politik. Menurut Mat Sabu..?tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena?.bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong?.Bukit Kepong polis itu?.polis British?hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan?.ketuanya Mat Indera?.Melayu?..tetapi semua sejarah itu ditutup?..Jins Samsudin buat filem?.Jins Samsudin tu umno?.cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat?..polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British?..tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera?.ketua penyerang balai polis itu?.dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping ?.
- Dalam kenyataan Mat Sabu ini, ianya bukan terhad kepada Mat Indera seorang sahaja, seperti dalam teks di atas yang menyebut "hak serang Bukit Kepong tulah pejuang kemerdekaan" dan kenyataan "hak pertahankan balai polis, hak serang tu pengganas".
Fakta-fakta lain berkenaan pengganas Komunis:
- Seramai 2,083 orang anggota keselamatan telah terkorban, manakala 3541 orang lagi cedera akibat keganasa Komunis sepanjang tahun 1948 hingga 1990. Keganasan Komunis juga telah mengakibatkan seramai 2,588 orang awam terkorban dan 1,490 orang lagi cedera.
- Kerajaan Malaysia kerugian beratus-ratus juta ringgit akibat penangguhan projek Lebuhraya Pantai Timur akibat ancaman Komunis ketika itu.
- Komunis menerusi Parti Komunis Malaya berhasrat menjadikan Tanah Melayu sebagai Negara Komunis dan cuba menghalang pemberian kuasa kepada Raja-raja Melayu.
- Menghina Islam dan memperalatkan golongan agama seperti Shamsiah Fakeh misalnya mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Islam, Pelangai, Negeri Sembilan dan kemudiannya di Madrasah Tuddimiah, Sumatera. Mat Indera pula guru agama di Muar, Johor manakala Rashid Maidin pula seorang yang warak.