Tuesday, November 18, 2008

fairuz oh fairus

Salam Sejahtera,

Kali ini aku tidak dapat mendiamkan diri setelah pelbagai pihak serta masyarakat melihat serta melakukan beberapa aduan yang melibatkan kepimpinan seorang yang berjawatan tinggi di Pulau Pinang iaitu YB Fairus TKM 1 yang di dakwa telah mengkhianati amanah rakyat serta Parti....


Aku sudah lama mendapatkan input mengenai beliau,rasanya aku juga sudah bersiap sedia dgn risiko yang bakal di hadapi jika dakwaan ini membuatkan ada pihak yang kurang senang.....aku rasa amat bertanggungjawab dgn diri aku kerana selama berjuang dengan rakyat sejak era reformasi 1998 sewaktu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga sekarang.....

Sebab itu aku pernah bercakap di dalam pakatan rakyat ada 3 golongan iaitu

1.Golongan era 1998 (kebanyakan anak muda)

2.Golongan selepas pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim 2004

3.Golongan Kemenangan 8Mac & Kemenangan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

Bagi aku golongan yang 1 ini telah melalui pelbagai kesukaran bahkan aku cukup yakin perjuangan mereka hingga di penjara serta menghabiskan segala duit simpanan dalam akaun...klau tak percaya pi tanya bekas2 ketua pemuda keadilan era saudara johari kassim,muhammad rodzi dll....tahap perjuangan mereka tidak dapat di nilai dgn wang ringgit....sewaktu itu ketua perhubungan negeri adalah Dr. Mansor Othman...aku puji sikap & semangat beliau yang mampu bertahan dalam perjuangan rakyat hingga sekarang....

Golongan ke-2 adalah banyak di antara mereka tidak lagi tahan UMNO ramai juga yang gagal dalam merebut atau mendapat tempat dalam UMNO.Dengan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah peluang utk berjuang sekurang2nya modal yang ada serta kerja buat yang buleh di sumbangkan dapat dilihat dengan mata kepala Datuk Seri sendiri....hat nih aku bley la juga respek...tapi x mcm golongan yang 1 la.....

Golongan yang ke-3 nih ada lah golongan lalang yang mencari peluang apabila golongan muda yang dulunya 98 hanya menjadi pemerhati politik (tak dapat mengundi) & pendokong Barisan Alternatif (BA) telah bangkit bersama2 perjuangan Pakatan Rakyat.Golongan ke 3 ini la kebanyakan dulu penakut nak bangkit bersama anak muda...dalam keadaan seluruh pejuang era 98 & anak muda inginkan perubahan...mereka golongan ke-3 ini hanya menjaga tembolok/perut masing2.

Tapi aku rasa Datuk Seri Anwar harus bijak mengenali golongan2 ini....begitu juga berbalik dengan dakwaan terhadap TKM 1...aku mahukan tindakan segera....apa pentingnya menjaga nama parti atau menjaga amanah rakyat Pulau Pinang sebelum tergadai parti itu sendiri jika di lewat2kan tindakan disiplin kepadanya....

Sebelum ini cerita2 mengenainya hanya aku dgr sewaktu bersembang dgn teman2 di permatang pauh,di komtar & cerita2 TKM 1 sudah tersebar hingga ke kuala lumpur...walupun 1 ketika aku pernah teruja dgn kepetahan & karismanya....tapi ianya tersembunyi 1 kepalsuan...aku tidak teragak2 nak inform pada semua pembaca setelah aku meneliti dakwaan sebuah blog,yang bg aku cerita sama,tak lari walau 1 dakwaan pun sama ada yang di sembangkan di permatang pauh,komtar,kuala lumpur atau teman2 yang awal mengenali TKM 1 sewaktu menjawat jawatan penerangan di Bahagian Selayang...

Di bawah adalah link dalam blog yang sama cerita dgn dakwaan2 yang aku dengan...klau 1-2 org mungkin aku bley kata ianya sebagai berniat jahat...


Kalau sampai berita yang sama dari semua yang aku dengar...mana mungkin brniat jahat dari orang2 yang berlainan tetapi sama bercerita dari era 1998,2004 & 2008

Aku berharap tindakan segera akan di ambil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim seberapa segera demi menjaga maruah parti & nama baik para pejuang era 1998...sudah kami bina perjuangan demi kepentingan rakyat kerana Allah...jangan di hancurkan tembok perjuangan ini dengan insan2 yang cuba meranapkan semangat serta roh rakyat....sudah ramai yang cuba membantu TKM 1...tetapi hanya kekecewaan yang di terima....

Angkatan muda Pulau Pinang sudah bersiap sedia untuk menghantar memorandum seberapa segera bagi mempertahankan perjuangan rakyat....di harapkan tembok perjuangan ini tidak akan hancur dek kerana imej yang tercalar di sebabkan seorang individu...
Malaysiabiz-aloha


padan muka hampa ..... tu la pecaya lagi....... menagis tak de lagu........

No comments: