Thursday, July 5, 2012

PAKEJ RANGSANGAN UNTUK RAKYAT

Anwar umum "bersara" dari arena politik jika pakatan gagal ambil-alih Putrajaya selepas Pru13!

Tektik pemusnahan karakter pemimpin UMNO, khususnya Najib & Rosmah sudah dilakukan.

Tektik mengotorkan imej UMNO sekotor-kotornya dengan segala kerja kotor dikaitkan dengan UMNO sudah beres.

Tektik memindahkan segala kesalahan dan skandal peribadi kepada "segalanya perancangan UMNO"  mengaibkan Anwar pun sudah accomplished.

Tektik menabur janji walaupun janji yang bukan-bukan kepada rakyat memang kerja hakiki mereka.

Tektik menawarkan insentif apa yang UMNO tak mampu atau belum laksanakan, pun memang kerja hakiki Anwar.

Pendek kata semua pakej rangsangan untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada pembangkang sudah diumumkan.
 
Pakej merangsang rakyat membenci UMNO dan para pemimpinnya pun sudah disempurnakan dengan berkesan. Malah sama hebat kesannya seperti pakej rangsangan ekonomi untuk rakyat yang sedang diusahakan oleh Najib.

Pakej rangsangan terakhir dalam usaha meningkatkan sokongan rakyat kepada pakatan pembangkang baru saja diumumkan. 

Pengumuman Pakej Rangsangan Simpati Undi Rakyat atau singkatannya PERASUK melalui pengumuman pelan persaraan oleh Anwar jika gagal mengambilalih Putrajaya pada PRU13, telah dibuat di London di hadapan para promoter dan pelobi antarabangsa.

Khabarnya Pelancaran PERASUK ini akan disusuli dengan sambutan besar-besaran keberangkatan pulang Perasuk Rakyat ini di KLIA sebagai menunjukkan tanda simpati dan desakan supaya Perasuk Rakyat ini terus memimpin dan berjuang merasuk pemikiran rakyat melalui kepelbagaian tektik dan propaganda yang mampu mengelirukan dan memesongkan  pemikiran waras rakyat. 

No comments: