Monday, July 2, 2012

Gila Kuasa Di Negeri PR Makin Menjadi-jadi


Kian dekat tarikh PRU 13, makin parah penyakit gila kuasa bermaharajalela dalam kepimpinan pembangkang khususnya PKR. Itu baru menmguasai beberapa negeri sahaja, pun sudah kalut ribut seolah-olah kuasa dan harta mahu dibawa mati.

Tiada apa yang pelik sebenarnya, asal usul kejadian PKR itu sendiri terbentuk hasil acuan pemikiran seorang individu yang telah lama bergelumang dengan penyakit tersebut, maka terbawa-bawalah sekali dikalangan ahli dan pemimpin bawahannya.

Umum pun dah lama mengetahui ramai pemimpin PKR pro Azmin Ali makan hati dengan perangai besar kepala Setiausaha Politik MB Selangor, Faezah Husin namun taklah pula menjangkakan ianya sebegitu kronik sekali.

Rupa-rupanya segala ribut dan kalut selama ini segalanya berkisar pasal harta dan kuasa semata-mata. Masing-masing puak mahu meletakkan puak sendiri dalam kedudukan selesa dan kuat menjelang PRU akan datang.

Pendek kata baik puak Khalid Ibrahim mahupun puak Azmin Ali, sama-sama menyanyikan lagu mahu menjaga kebajikan rakyat namun realiti yang berlaku sebenarnya masing-masing lebih mengutamakan tembolok sendiri.

Satu dua bulan lepas kalut ribut berebut kuasa dan harta telah menggoncangkan negeri Kedah yang diperintah oleh PAS. Kuasa dan harta punya pasal, habis terbang semua slogan dan prinsip yang kononnya mengutamakan Islam berbanding yang lain.

Baru di beri nikmat memerintah beberapa negeri sudah ramai yang mabuk hanyut dalam gemilau kuasa dan harta, rumah kian besar dan kontrak tender di bahagi-bahagi sesama sendiri dan ramai pula yang berebut-rebut seakan tersilau dengan harta rampasan perang.

Dua contoh kegilaan kuasa yang berlaku dalam jangka masa yang dekat ini, jika kita pandang dari mata burung dan bukannya melihat macam katak bawah tempurung, akan ternampak jelas corak-corak pemerintahan pembangkang seandainya mereka di beri peluang menguasai negara kelak.

Cuma jangan nanti dek kerana pening dan mabuk dihimpit perebutan kuasa sesama sendiri itu kemudiannya dipalitkan pula pada orang lain untuk tanggung bebannya.

Bukan kita tak kenal perangai pemimpin pembangkang dari PAS, PKR mahupun DAP, pantang kalut terhimpit gara-gara sikap tamak dan mabuk yang sudah jadi tabie, jalan keluar yang mereka suka rintis ialah menyalahkan UMNO ataupun BN.

No comments: