Tuesday, July 10, 2012

King Of Spin


Corak pemerintahan berterusan ala diktator di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang berteraskan ‘cakap tak serupa bikin’ itu bukan sahaja mendapat tentangan orang Melayu di Pulau Pinang, malah ia turut disertai kaum lain di negeri ini kerana Pulau Pinang kini diperintah oleh King Of Spin.
Rakyat kini sudah terseksa dengan pemerintahan Guan Eng yang ‘cakap tak serupa bikin’ dan hanya tahu memutar belit semua perkara sepanjang masa.

kerajaan DAP Pulau Pinang ini tidak berbuat apa-apa sehingga membangkitkan kemarahan mereka yang sudah dipendam sejak sekian lama.

DAP pandai sangat buat janji, cakap sana sini ikut sedap mulut sahaja dan apabila memerintah semua benda pun tak boleh nak buat.

Dulu janji, lepas menang sahaja terus mahu hapuskan tol Sungai Nyior tetapi sekarang tak buat apa-apa pun dan mahu salahkan Kerajaan Pusat pula, mereka ini memang tidak bertanggungjawab.

Bukan main lantang memberitahu, yang mereka buat apa pun akan fikir tentang rakyat, tapi apa berlaku sekarang semua yang mereka buat membebankan rakyat, tarif air barulah, malah tempat letak kereta hujung minggu pun masih kena bayar.

 Pulau Pinang sekarang ini diperintah oleh King Of Spin, First Class Showman, siapa pun tak boleh lawan, apa dia mahu buat semua ikut suka dia sahaja... ‘aku suka’ dia kata.

Kawan-kawan dia Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas pun tak boleh buat apa, itu semua jadi kuli dia sahaja sebab tak berani mahu bantah atau apa-apa pun dengan dia, diktator memang macam itu.

Dia pandai main wayang sama semua orang, sini lain dengan orang ini lain pula dia buat dan pada masa sama, apa pun tak berani nak mengaku salah, semua benda kalau boleh dia mahu pusing.


 sejak King Of Spin memerintah, pelabur pun takut nak masuk sini, dia sebenarnya apa pun tak buat sebab tiada masa.

Macam mana mahu ada masa, semua benda pun dia mahu buat dan disebabkan itu Pulau Pinang sudah macam huru-hara. Pergi luar negara dalam setahun tak tahulah berapa kali, tapi hasil apa pun tidak ada.

Dia pun selalu cakap kebebasan media tetapi dia sebenarnya yang mengawal media, siapa yang tidak tulis baik-baik mesti kena ‘pinggir’ macam New Straits Times dan Utusan Malaysia atau kena minta maaf seperti akhbar China Press.

 Rakyat perlu hantar balik Guan Eng ke Melaka, rakyat perlu segera sedar, dia bukan orang sini jadi tidak tahu apa-apa tentang negeri ini kerana di kemudian hari yang rugi rakyat juga.

Guan Eng masih mempunyai mentaliti pembangkang dan sebab itu ini semua berlaku dan demonstrasi ini pun ikut cara dia jugalah masa dulu-dulu, sana sini bising, itu tak betul ini tak betul, sekarang rakyat ikut sahajalah.

Kalau mahu cerita memang banyak tetapi saya berharap semua yang berlaku akan perlahan-lahan mula membuka mata rakyat negeri ini kerana kita tidak mahu Pulau Pinang dilabel sedemikian rupa, kita mahu hidup aman damai.

1 comment:

Anonymous said...

Rebong dh jadi buluh....akar perdu buluh yg dah lait...hanya racun yg sesuai saja boleh menghapuskan mereka....Ibarat tikus jatuh di gudang gandum dh beranak pinak dim gudang mmg payah nk dibasmi ...kalau nk racun pun takut racun berselerak atau ada tikus yg mati di celah gandum dan apabila gandum di jual ada pembeli yg mati bila di
makan