Hakikatnya, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM5 juta untuk program tersebut diadakan di Selangor. Contender Asia yang menimbulkan kontroversi dan bayaran untuk program tersebut yang telah dijelaskan, sebenarnya adalah kerja Kerajaan Negeri Selangor sendiri dengan kertas kerjanya ditandatangani sendiri oleh Elizabeth Wong. Kertas kerja itu disiapkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan diluluskan penajaan program berkenaan dengan menggunakan peruntukan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Pembayaran dibuat secara langsung kepada Tourism Selangor Sdn. Bhd.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju bagi perjanjian Syarikat Osysnet Sdn. Bhd memberi pulangan sebanyak 15% daripada jumlah sebenar dan 30% daripada jualan tiket pada peringkat akhir kepada Kerajaan Negeri Selangor. Pengesahan terima surat cadangan telah ditandatangani sendiri oleh Elizabeth Wong pada 23 November 2009.
Bagaimana agaknya Elizabeth Wong berfikir tanpa menggunakan otak. Barangkali dia memikirkan, para penyokong Pakatan Rakyat Selangor adalah dari jenis yang sebangang-bangang manusia dan tidak akan mempersoalkan sebarang tindakan atau kenyataan yang dikeluarkan. Manakala bukti-bukti yang dikeluarkan pula, tidak akan diterimapakai oleh para penyokong Pakatan Rakyat kerana hati mereka sudah sepenuhnya beriman kepada Pakatan Rakyat.
Itu hanyalah salah satu daripada penyelewengan dan pembohongan yang dilakukan oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat di Selangor. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, terdapat lebih banyak pembohongan, penyelewengan serta salah urus dana yang dilakukan oleh kerajaan negeri, tetapi kaum Pakatan yang biasanya mudah melolong dan menyalak bagaikan anjing patah siung, tiba-tiba terdiam dan langsung kehilangan suara. Sebaliknya mereka berusaha pula membuktikan kesalahan Kerajaan Pusat dalam pentadbiran negara. Sedangkan pada masa yang sama, mereka cuba menutup mulut dan tidak mahu rahsia kepincangan serta penyelewengan di Selangor didedahkan kepada awam.
Menyalahkan pihak lain adalah merupakan modus operandi yang paling terkenal dan paling mudah dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Perhatikan sahaja dalam mana-mana masalah yang ditimbulkan. Kesudahan ceritanya ialah, yang bersalah adalah UMNO dan Barisan Nasional, sungguhpun UMNO dan Barisan Nasional langsung tidak terbabit dalam masalah tersebut.
Elizabeth Wong cuma membaca skrip yang telah disediakan kepadanya. Dan apabila skrip tersebut dibacakan, bermakna itu sudah sampai ke kemuncak. Atau dalam bahasa lain, itu bermakna Pakatan sudah tersantak ke bucu dinding tanpa mempunyai jawapan konkrit.
Pastinya selepas ini, anjing-anjing Pakatan akan melolong-lolong dan menyalak-nyalak untuk membela Elizabeth Wong, wanita yang pernah berdakapan dengan Ketua Muslimat PAS setelah gambar bogelnya tersiar dan selepas rahsia peribadinya yang bersedudukan bersama-sama seorang lelaki Melayu yang sudah berkahwin diketahui ramai.
No comments:
Post a Comment