Sunday, July 8, 2012

FITNAH BERTERUSAN TERHADAP KERAJAAN.INI MENUNJUKKAN SIKAP SEBENAR PARTI YANG MEMPERGUNAKAN NAMA ISLAM DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA.JOM TOLAK PR HEHEHE


Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, pembangkang khususnya DAP lebih berminat mengamalkan politik kebencian termasuk melaga-lagakan masyarakat pelbagai kaum.


Menurut beliau, strategi DAP yang lebih cenderung berkonfrantasi itu amat berbeza dengan pendekatan MCA yang mendukung usaha mengintegrasikan rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak negara merdeka.
''DAP hanya tahu menyalahkan Kerajaan Pusat apabila gagal membawa sebarang perubahan di Pulau Pinang tetapi pada masa sama, bersikap tidak malu mengambil pujian atas hasil kejayaan dasar kerajaan negeri yang sebelum itu ditadbir oleh BN.

''Mereka juga selalu memburuk-burukkan agensi-agensi kerajaan menerusi pelbagai kaedah termasuk perhimpunan haram Bersih," katanya pada Debat 2.0 antara DAP dan MCA di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, dekat sini hari ini.
Soi Lek bersemuka dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada debat bertajuk 'Polisi Siapakah yang Akan Lebih Memberi Manfaat Kepada Negara?' dengan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI), Tan Sri Michael Yeoh sebagai moderator.
Ahli-ahli panel terdiri daripada Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung; Pensyarah Universiti Monash, Prof. James Chin dan Editor Roketkini, Wan Hamidi Hamid.
Tambah Soi Lek, DAP pada hakikatnya adalah sebuah parti politik cauvinis Cina walaupun para pemimpinnya sering mendakwa ia sebuah parti berbilang kaum.

''DAP kata parti itu terbuka kepada semua kaum tetapi tiada seorang pun Pengerusi DAP negeri berketurunan India dan tiada seorang wakil rakyatnya berketurunan Melayu.

''Mereka menuduh Dasar Ekonomi Baru meminggirkan kaum Cina, namun hakikatnya kini, purata pendapatan isi rumah dan pemilikan hartanah oleh kaum Cina adalah lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain. Kadar kemiskinan dan pengangguran masyarakat Cina juga lebih rendah," jelasnya.

Beliau turut menempelak DAP ekoran sikap berdiam diri parti berkenaan terhadap akuan bersumpah Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

''Selain itu, DAP menutup sebelah mata terhadap ketiadaan tender terbuka di Kedah dan Kelantan yang dikuasai Pas, malah projek WiFi percuma di Pulau Pinang dianugerahkan tanpa melalui proses tender.

''Berhubung skandal tanah membabitkan wang rakyat sebanyak RM1 bilion di Selangor, DAP hanya diam membisu tanpa berkata apa-apa," ujarnya.
Selain itu, Soi Lek menyifatkan DAP mempersendakan konsep kebebasan media apabila menyaman dan menghalang mana-mana media termasuk Utusan Malaysiamembuat liputan kerana mengkritik parti tersebut dan pembangkang.

No comments: