Sunday, April 6, 2014

Denggi meningkat dipulau pinang

Kes Demam Denggi di Pulau Pinang meningkat 196% dengan 560 kes dilapor setakat 29 Mac lalu berbanding hanya 189 kes bagi tempoh yang sama tahun 2013 dengan 3 kematian dilaporkan akibat denggi bagi tempoh Januari-Mac 2014 berbanding tiada kematian bagi tahun lalu.8 lokaliti wabak terkawal dilaporkan di Pulau Pinang iaitu,Teluk Awak dan Lorong Hassan Abbas di daerah Barat Daya,Taman Mutiara,Jalan Megat Harun,Taman Makok dan Taman Sri Janggus di daerah Seberang Perai tengah(SPT) dan Taman Bagan serta Taman Lip Kee di daerah Seberang Perai Utara(SPU).Lokaliti hotspot iaitu Taman Desa Damai di daerah SPT.

Wednesday, April 2, 2014

AIR Free

air yg tak sampai berapa ringgit sebulan tu patutnya boleh bagi free.. semua mulut manis time nak pilihanraya je

Kerajaan DAP P. Pinang setuju naik tarif air

2 APRIL. LGE menghentam kerajaan kononnya menaikkan tarik elektrik, harga barangan dan sebagainya hingga menyusahkan rakyat,
kerajaan DAP Pulau Pinang pada Rabu bersetuju cadangan menaikkan kadar tarif air di negeri itu. Persetujuan itu diputuskan dalam Mesyuarat EXCO kerajaan negeri hari ini selepas mendapat permintaan daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian. Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberikan alasan ia adalah langkah terakhir bagi menangani masalah penggunaan air di negeri berkenaan yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia. Guan Eng yang juga Pengerusi PBAPP berkata, langkah pendidikan dan surcaj penjimatan air yang dikenakan sebagai hukuman ke atas pengguna sebelum ini gagal membendung sikap pembaziran air di negeri yang ditadbir beliau. Mengenai kemungkinan catuan air akan dilaksanakan di Pulau Pinang empat hari lalu, Guan Eng menyatakan mesyuarat EXCO pada hari ini memutuskan ia tidak akan dilaksanakan dalam bulan April ini. Sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang akan terlebih dahulu melaksanakan pelan kontigensi, kata Guan Eng pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO pada Rabu. “Sekiranya April masih satu bulan yang kering kerajaan dan PBAPP akan melaksanakan pelan kontigensi untuk mengelak catuan air dengan menaiktaraf usaha yang sedia ada. “Pertama kerajaan negeri akan meminta Kerajaan Persekutuan melaksanakan pembenihan awan. “Kedua kita akan maklumkan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk lepaskan air dari Empangan Beris di Kedah kerana KeTTHA telah memberi jaminan kos pembayarannya kepada kerajaan negeri Kedah akan ditanggung oleh Kerajaan Pusat,” kata Guan Eng. Menurutnya, jaminan itu diberikan oleh KeTTHA secara bertulis kerana Empangan Mengkuang kini sedang menjalani projek pembesaran bagi menningkatkan kapasiti takungan serta kemampuan bekalannya. “Projek berkenaan adalah projek Kerajaan Persekutuan yang mengakibatkan kapasiti takungan air di Empangan Mengkuang sekarang hanya di tahap 40 peratus,” Guan Eng menjelaskan. Kedua-dua langkah kontigensi berkenaan jelas memperlihatkan untuk menjimatkan wang kerajaan negeri Pulau Pinang dengan cara memindahkan bebanan kos kepada kerajaan Persekutuan yang akhirnya akan dilabelkan kononnya boros berbelanja.-bnbbc.my

BILA URA-URA TOL NAIK, PEMBANGKANG BISING TAPI BILA AIR DI PULAU PINANG NAIK, PEMBANGKANG DIAM

Guan Eng menaikkan tarif air 20% dengan memberi alasan yang meremehkan rakyat.
GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan kadar tarif air di Pulau Pinang. Persetujuan itu diputuskan dalam Mesyuarat EXCO kerajaan negeri selepas mendapat permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian. Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata ia adalah langkah terakhir bagi menangani masalah penggunaan air di negeri ini yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia. Beliau berkata, langkah pendidikan dan surcaj penjimatan air yang dikenakan sebagai hukuman ke atas pengguna sebelum ini gagal membendung sikap pembaziran air di negeri ini.

PM Australia pertahan kenyataan Najib MH370 berakhir di Lautan Hindi

Abbott yang dipetik agensi berita AFP berkata, beliau bagaimanapun bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh Najib. "Daripada bukti yang dikumpul ia menjurus kepada kesimpulan yang pesawat (MH370) hilang di Lautan Hindi,” katanya kepada wartawan di pangkalan tentera Australia di Perth. “Banyak bukti yang diterima dan saya berpendapat Najib berhak kepada pandangannya yang membuat kesimpulan itu, adalah haknya untuk memaklumkan perkara itu kepada orang ramai,” katanya. Australia ketika ini sedang mengkoordinasi operasi pencarian pelbagai negara Boeing 777 itu yang membabitkan 100 petugas dan lebih 1,000 anak kapal, di kawasan pencarian di barat Perth. “Ini adalah tugas sukar. Kita sedang mencari di kawasan laut yang luas. Ini dilakukan dengan maklumat yang terhad. "Namun, minda terbaik dunia sedang melaksanakan tugas ini, semua kecanggihan teknologi diguna dan dibawa ke sana (kawasan pencarian). Sekiranya misteri boleh dirungkai, kita akan lakukan. Saya bagaimanapun enggan memandang rendah betapa sukarnya tugas ini,” kata Abbott. Abbott berkata, beliau enggan memberikan had masa untuk pencarian itu. “Kita akan teruskan pencarian. Meningkatkan usaha dan bukan mengurangkannya. “Kita terhutang (penjelasan) kepada ahli keluarga, mereka yang menggunakan pesawat, kepada kerajaan di mana warga mereka berada di dalam pesawat (MH370), kita terhutang kepada dunia yang mahukan penjelasan kepada misteri yang menyelubungi selama tiga minggu. “Kita terhutang kepada semua untuk melakukan apa yang terdaya,” katanya. - 31 Mac, 2014.