Tuesday, April 21, 2015
Nurul Nuha Calon PRK Permatang Pauh
Akhirnya pilihan raya kecil untuk kerusi parlimen Permatang Pauh terpaksa diadakan juga.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menetapkan 7 Mei sebagai hari mengundi manakala 25 April 2015 sebagai hari penamaan calon. Dengan berlangsungnya pilihan raya kecil Permatang Pauh ini bermakna dua kali ia diadakan setelah wakilnya disandang Anwar hilang kelayakan apabila didapati bersalah dan dipenjara
siapakah calon yang akan diletak oleh PKR untuk dijadikan sandaran mengekalkan kerusi berkenaan. Umum tahu kawasan parlimen Permatang Pauh dianggap sebagai kubu peribadi Anwar Ibrahim. Anwar memiliki (menang) dikerusi itu sejak tahun 1982 sehinggalah kerusi itu tertanggal apabila beliau dijatuhi hukuman penjara 1999.
Semasa beliau cuti rehat dalam penjara, kerusi itu disadang oleh isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga Anwar mengambil balik apabila Azizah mengosongkan kerusi itu (tahun 2008) bagi membolehkan Anwar menjadi ahli parlimen dan bersuara di parlimen.
Ertinya kerusi itu dalam tempoh lebih 30 tahun ia bergilir antara Anwar dengan Azizah.
Kerana keadaan dan keunikan itu, ada berpendapat bahawa pilihan raya kecil di Permatang Pauh kali ini wajar diserahkan juga kepada anak Anwar. Mungkin Wan Aziah sudah tidak relevan kerana pada masa ini dia adalah Adun Kajang. Lantaran itu ada pandangan untuk meletakkan anak perempuan Anwar, Nurul Nuha. Keaktifan Nurul Nuha yang turun membela ayahnya menyebabkan desas desus itu menjadi hangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment