Sunday, April 26, 2015
Drama Sedih dan Romantik
Memang satu tindakan yang tidak menghairankan bila Wan Azizah tu mula mengulangi skrip sama yang pernah digunakan sebelum ini untuk meraih sokongan dari kalangan rakyat.
Dengan rekod perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang kemudiannya dipersembahkan untuk suami tersayang, kemudian sebagai ADUN Kajang yang tidak pernah ada apabila diperlukan, cuma tunjuk muka untuk dirakam kamera, Wan Azizah muncul bersama-sama anak perempuannya di Permatang Pauh bagi meraih sokongan buat dirinya atau calon PKR untuk PRK Permatang Pauh.
Permatang Pauh telah dijadikan hak peribadi keluarga Anwar Ibrahim. Dari tahun 1982 sehingga sekarang, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah bersilih ganti. Kononnya kalau Wan Azizah tak bertanding, calonnya tetap datang dari keluarga Anwar Ibrahim juga. Atau paling kurang, sahabat atau macai Anwar Ibrahim yang boleh membentangkan karpet merah apabila Anwar bebas dari penjara 5 tahun lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment