Sunday, April 26, 2015

BABAK ROMANTIK DAN AIR MATA TELAH BERULANG

Memang satu tindakan yang tidak menghairankan bila Wan Azizah mula mengulangi skrip sama yang pernah digunakan sebelum ini untuk meraih sokongan dari kalangan rakyat. Permatang Pauh telah dijadikan hak peribadi keluarga Anwar Ibrahim. Dari tahun 1982 sehingga sekarang, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah bersilih ganti. Kononnya kalau Wan Azizah tak bertanding, calonnya tetap datang dari keluarga Anwar Ibrahim juga. Atau paling kurang, sahabat atau macai Anwar Ibrahim yang boleh membentangkan karpet merah apabila Anwar bebas dari penjara 5 tahun lagi. Apa yang pengundi-pengundi di Kajang dapat selepas mereka memilih Wan Azizah? Adakah hanya dengan semangat dan keseronokan melihat tumbangnya calon BN, sudah cukup bagi mereka berpesta pora, tetapi penduduk pula dari semasa ke semasa mengeluh tentang wakil rakyat mereka yang sukar dihubungi apabila timbul masalah di kalangan penduduk
uk.

No comments: