For each loaf of bread, Rosmah gets 16 cents???
Terang terangan, tersembunyi, secara halus Sikap lancang sekumpulan rakyat Malaysia berketurunan Cina yang terlampau cauvinis dalam urusan perniagaan terlampau bersifat perkauman. Amat keji sekali!"
Kita melihat bagaimana mereka mengkritik Mahathirisme,
Ibrahim Ali dan Perkasa kerana menuduh DAP sebagai anti Melayu, anti
raja, pro republic, anti langkah langkah afirmatif dsbnya demi menakut
nakutkan pengundi Melayu supaya merasakan tiada pilihan lain selain
UMNO/BN. Namun, pada masa yang sama, mereka pula melabelkan setiap isu
yang melibatkan UMNO dan Syed Mokhtar Bokhari sebagai perkauman.
Seterusnya penulis
OMG! HOW UNPOPULAR IS ROSMAH & UMNO: Gardenia a victim of business rivals
ini juga meragui apa sebab sebenar Robert Kuok meninggalkan perniagaan gula dengan tergesa gesa. Benarkah Robert Kuok dipaksa sedangkan dia menjual sahamnya pada harga pasaran semasa. Penilus juga menekankan bahawa kerajaan telah memberi subsidi tepung, minyak dan gula kepada Robert Kuok selama 50 tahun yang berjumlah berbilion ringgit setiap tahun.
Dalam hal ini, perniagaan siapa yang mengaut keuntungan yang dibiayai pembayar cukai?
Melaga lagakan Gardenia dengan Robert Kuok dan roti Massimo keluaran FFM
kemudian menuduh UMNO memulas tangan dan meminggirkan kepentingan
perniagaan orang Cina adalah tuduhan tidak berasas. Buat masa ini,
Gardenia mendapatkan bekalan tepung berformula dari keluarga Teh di
Perak. Beberapa pembekal utama lain dimiliki Indonesia dan Australia.
Jadi dari mana datangnya cerita yang perniagaan kepunyaan orang Cina Malaysia dirampas oleh kerajaan/UMNO?
Mereka yang berkempen memboikot Gardenia menghina akal rakyat Malaysia
dengan menceduk gambar tikus mati dalam roti dari akhbar The Telegraph,
UK dan menyiarkannya di Facebook.
Ada ke rakyat Malaysia yang begitu pendek akal untuk mempercayai helah bodoh begitu?
Penulis artikel ini juga menyebut pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia hampir menyiapkan siasatan mereka. Pastinya tidak lama
lagi, identiti mereka yang amat rasis ini akan terbongkar dan mereka
akan didakwa.
Mari lah kita sama sama berdoa semoga kebenaran akan muncul dan menghapuskan pembohongan.
Agaknya kalau orang Melayu pakat pakat boikot barangan keluaran FFM
seperti dalam gambar di bawah ni, apa reaksi rakyat Malaysia?
Cuba pakat boikot minyak
Sri Murni tapi ramai ramai pakat beli minyak SAJI keluaran Felda. Jangan
beli tepung gandum cap sauh dan cap kunci tapi beli cap Bunga Cempaka
keluaran Malayan Flour Mills kepunyaan keluarga Teh. Pakat beli sadin
cap Ayam.Boleh?
No comments:
Post a Comment