Wednesday, August 15, 2012

JANJI DIMUNGKIRI?


1. Berbagai-bagai sindiran dari pihak Pembangkang sama ada pemimpin dan penyokongnya apabila Kerajaan BN melaungkan 'Janji Di Tepati'.
2. Memang benar, Kerajaan BN berusaha keras untuk menepati segala janji-janjinya. PM DS Najib berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan janji, bukan sahaja janjinya sendiri bahkan segala janji-janji pemimpin terdahulu yang belum sempat mereka tepati.
3. Bagi Kerajaan BN, segala janji mesti ditepati dan dianggap sebagai satu kewajipan. Ini berbeza dengan janji-janji pemimpin pembangkang yang menjanjikan itu dan ini semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat terutama menjelang pilihanraya.
4. Kerajaan Pas yang 'kunun'nya mengamalkan Islam tidak juga terkecuali. Berapa banyak sudah janji yang mereka taburkan namun berapa pula yang sudah mereka tepati? Tentu kita masih ingat apabila Nik Aziz berjanji untuk membina lebuhraya dari Gua Musang Ke Kota Bhahru(?) tidak lama dulu.
5. Gambar diatas pula adalah sebuah 'tugu penipuan' Pas yang 'kunun'nya untuk membina jambatan bagi menghubungkan Palekbang dengan Penambang pada tahun 1996 lalu, namun sehingga kini yang ada hanyalah batu tanda itu sahaja, yang sudah cukup nisabnya untuk dijadikan keramat.
6. Tanggungjawab Kerajaan Pas yang lebih utama adalah membekalkan air bersih kepada seluruh rakyat, serta memberikan kemudahan-kemudahan asas yang lain dan membasmi serta menurunkan kadar kemiskinan rakyatnya. Selama 22 tahun NIk Aziz gagal melaksanakannya, selain dari hanya pandai berjanji dan menjanjikan syurga yang bukanpun miliknya.
7. Rakyat Kelantan harus bangkit dan menolak Kerajaan Pas yang ternyata gagal mentadbir negeri dan mensejahterakan rakyatnya. Mana slogan negara kebajikan yang dimereka canangkan bagi merebut Purajaya? Usahlah berjanji yang baru jika janji yang ada selama ini pun masih belum tertunaikan.

No comments: