Friday, December 6, 2013

BELAJAR DARI KEHEBATAN SILAM BANGSA MELAYU SEBAGAI PEDAGANG DAN PELAUT YANG MASYHUR

Sebelum kedatangan penjajah, bangsa Melayu merupakan pelaut dan pedagang yang gigih. Berdasarkan buku Tamadun Alam Melayu tulisan Mohd Aroff Ishak (terbitan Persatuan Sejarah Malaysia), bangsa Melayu yang termasuk dalam keluarga Austronesia/Malayo-Polinesia pernah mengembara sehingga ke benua Afrika dan sejauh Pulau Easter di Lautan Pasifik. Bangsa Melayu memiliki kemahiran tinggi dalam membuat perahu yang berkemampuan belayar dalam jarak yang jauh. Bangsa Melayu belayar menggunakan perahu yang dikenali sebagai perahu katir untuk berdagang dan mencari petempatan baru.
Ada 2 pendapat popular yang diutarakan oleh pengkaji sejarah tentang asal usul bangsa Melayu. Pendapat pertama yang dipelopori oleh Heine Geldern menjelaskan bahawa bangsa Melayu berasal dari wilayah Yunan di selatan China. Dari Yunan, bangsa Melayu berhijrah keluar ke tanah besar dan kepulauan Asia Tenggara. Terdapat dua gelombang penghijrahan bangsa Melayu iaitu yang pertama adalah kedatangan Melayu Proto, disusuli kemudiannya oleh Melayu Deutro. Kalau mengikut lagenda penceritaan Orang Asli, Melayu Proto itu dipercayai nenek moyang Orang Asli sekarang, manakala Melayu Deutro pula adalah nenek moyang orang Melayu. Namun begitu, pendapat pertama itu disangkal oleh Willian Solheim yang menyatakan bahawa bangsa Melayu adalah sememangnya berasal dari Kepulauan Asia Tenggara. Pendapat ini dibuktikan oleh pakar linguistik yang membuat kajian di wilayah Yunan. Berdasarkan kajian mereka, tidak wujud sebarang persamaan dari segi bahasa antara wilayah Yunan dengan bahasa yang dituturkan oleh bangsa Melayu di Kepulauan Asia Tenggara. Penulis menyokong pendapat kedua tersebut. Kajian arkeologi seperti di Kota Tampan Lenggong, Perak yang menemukan tengkorak purba yang dikenali senagai “Perak Man” yang berusia puluhan ribu tahun membuktikan bahawa kawasan kepulauan Asia Tenggara ini memang telah mempunyai penghuninya sejak dari dulu lagi. Bangsa Melayu kemudian tersebar keluar ke wilayah-wilayah lain seperti Taiwan, negara-negara di kepulauan Pasifik dan Madagascar di Afrika. Bangsa Melayu sejak dari dulu merupakan pedagang yang terkenal. Lihat sahaja kerajaan-kerajaan Melayu pada zaman silam, kesemuanya memiliki pelabuhan untuk perdagangan seperti kerajaan Funan (terletak di wilayah Kemboja-pelabuhan terkenal Oceo), Champa (berpusat di selatan Vietnam), Kedah Tua (Kataha) dan banyak lagi. Manakala, Kerajaan Melayu Melaka menjadi tersohor di seluruh dunia kerana pelabuhan entrepotnya dikunjungi oleh para pedagang dari seantero dunia sehingga ada pepatah yang mengatakan “sesiapa yang dapat menguasai Melaka bermakna dapat menguasai untung nasib Venice (pelabuhan terkenal di Eropah ketika itu)”. Bangsa Melayu telah berpengalaman berdagang dengan orang-orang asing di Melaka sehingga bahasa Melayu menjadi "lingua franca" di rantau ini. Srivijaya (juga dikenali sebagai Zabag) pula merupakan kerajaan Melayu teragung di Asia Tenggara yang memiliki jajahan takluk yang meliputi Sumatera, barat Jawa, sebahagian besar Semenanjung Tanah Melayu sehingga ke Indo-China. Malah, terdapat kajian yang membuktikan Srivijaya mempunyai hubungan perdagangan dengan Tanah Arab. Orang Melayu (dipanggil "Kunlun/Malayo" oleh orang China) merupakan satu-satunya bangsa yang berani meredah Laut China Selatan pada masa itu, di mana orang China pun tidak berani melaluinya kerana keadaan lautnya yang ganas. Namun kedatangan penjajah Barat terutamanya British telah mengubah senario ini. Bangsa Melayu telah kehilangan kemahiran dan peluang berdagang akibat sikap penjajah British yang sengaja meminggirkan bangsa Melayu dari bergiat dalam bidang ekonomi. Perniagaan yang dimiliki oleh bangsa Melayu telah diambilalih oleh bangsa asing apabila British menjajah Tanah Melayu. Kemahiran sebagai pelaut dan membuat kapal juga semakin luput secara perlahan-lahan dari minda orang Melayu. Bermula dari situlah bangsa Melayu mula ketinggalan sedikit demi sedikit dalam bidang ekonomi. Buktinya boleh dilihat pada masa kini apabila bidang ekonomi banyak dikuasai oleh kaum bukan Melayu terutamanya Cina. Kaum bukan Melayu telah memiliki tapak yang kukuh dan modal yang banyak sejak dari zaman penjajah untuk berjaya dalam perniagaan pada hari ini. Ditambah dengan sifat-sifat positif seperti rajin dan berdisiplin telah menjadikan mereka meluncur laju meninggalkan kaum Melayu.
Manakala, orang Melayu ibarat perlu bermula dari 0 semula apabila bergiat dalam bidang perniagaan. Inilah kesan buruk daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah British semasa menjajah Tanah Melayu dahulu. Orang Melayu tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani yang hanya cukup makan, manakala bangsa bukan Melayu tinggal di bandar-bandar dan meraih keuntungan yang besar dari aspek ekonomi. Memang tidak dinafikan sikap negatif juga turut menjadi penyumbang kepada kemunduran orang Melayu dalam bidang ekonomi. Tetapi dasar-dasar penjajah bagi penulis adalah perintis kepada tertinggalnya kaum Melayu dari segi ekonomi. Pihak kerajaan terpaksa memikirkan pelan yang efektif untuk memperkasakan kaum Melayu dalam perniagaan. Kewujudan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan memberi peluang yang luas kepada kaum Melayu untuk terlibat dalam bidang ekonomi telah banyak membantu. Buktinya, wujud golongan kelas menengah yang ramai di kalangan kaum Melayu. Walaupun pemilikan ekuiti atau syarikat perniagaan masih belum mencapai matlamat (matlamat mencapai 30% pemilikan ekuiti Bumiputera), tetapi keadaan sosioekonomi kaum Melayu pada hari ini telah bertambah baik berbanding keadaan sebelum merdeka. Namun begitu, orang Melayu tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian yang tidak seberapa tersebut. Perjuangan untuk terus mencapai kejayaan khususnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan perlu diusahakan agar bangsa Melayu dapat “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan bangsa lain yang telah berjaya. Bangsa Melayu tidak boleh terus mengharapkan pihak kerajaan untuk membantu mereka. Semangat berdikari perlu disuburi dalam jiwa mereka, ditambah dengan nilai-nilai murni seperti berdisiplin, gigih dan tidak mudah berputus asa agar bangsa Melayu berada di tempat yang sepatutnya. Hak-hak keistimewaan yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan sepatutnya menjadikan Melayu berjaya dalam apa jua bidang. Tetapi kenapa kemajuan bangsa Melayu terlalu perlahan? Penyelewengan dan ketirisan yang berlaku dalam pelbagai sektor mungkin merupakan jawapan yang terbaik kepada soalan tersebut. Jika DEB dilaksanakan sebaik mungkin, boleh dikatakan tidak akan wujud lagi keluarga-keluarga Melayu yang kehidupan mereka seperti merempat. Bantuan yang disalurkan juga kadangkala tidak sampai kepada golongan sasaran. Peluang-peluang perniagaan yang sepatutnya dinikmati oleh orang Melayu hanya berlegar di kalangan orang-orang tertentu sahaja. Memang benar sikap “mengalibabakan” peluang perniagaan turut menjadi penyakit kronik yang menyelubungi pencapaian Melayu dalam bidang ekonomi. Sikap semula jadi orang Melayu ingin cepat senang tanpa perlu bersusah payah. Sikap ini perlu dihapuskan jika ingin berjaya. Takkan kita hanya berbangga mendapat sedikit sahaja keuntungan berbanding orang lain yang memperolehi manfaat yang berlipat ganda hasil daripada sikap negatif kita itu.

BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA’ AHLU SUNNAH WAL JAMAAH

1. BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA’ AHLU SUNNAH WAL JAMAAH 2. DALIL BANGSA Ertinya: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan diantara kamu. Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah mereka yang paling bertaqwa disisi Allah Taala (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah sangat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)” (Al Hujurat – 13) 3. ASAL USUL BANGSA MELAYU Adapun Bangsa Melayu berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim as yang bernama Siti Qanturah. Dari pernikahan ini dikurniakan 6 anak - Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah . Dari keturunan inilah berkembang-biak Bani Jawi - Bani (Kaum/Kelompok) JiWi (Ji = satu ; Wi = Widhi atau Tuhan). Jadi makna Bani Jawi (JiWi) adalah kaum yang menyakini adanya satu Tuhan Ibnu Athir al-Jazari Kitab al-Kamil fi at-Tarikh 4. ASAL USUL BANGSA MELAYU Kebanyakan mereka berhijrah dan menetap di sebelah negeri di “atas angin” (al-Jawwu) iaitu negeri Asia Timur dan membentuk beberapa kerajaan yang besar seperti Kerajaan Melayu Champa dan Langkasuka. Apabila berlaku peperangan demi perperangan, ramai yang tinggal di kawasan tersebut berhijrah ke gugusan pulau-pulau di nusantara dan membentuk pula beberapa kerajaan dan negeri. Mengikut istilah Bahasa Sanskrit bahawa penghijrahan dari tanah besar ke kepulauan nusantara di sebut sebagai MELAYU Ibnu Athir al-Jazari Kitab al-Kamil fi at-Tarikh 5. ASAL USUL BANGSA MELAYU Kajian DNA oleh penyelidik UKM terhadap 86 lelaki Melayu telah membuktikan bahawa 27% variant Mediterranean terdapat dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah bermaksud bangsa Bani Israel Kajian DNA oleh penyelidik USM 2008 membuktikan bahawa Minangkabau (satu dari rumpun Melayu Pagar Ruyung) dan Kelantan (satu dari rumpun Melayu Fathani) adalah baka Melayu asli Kajian akeologi UKM selama 38 tahun (1972-2010) membuktikan bahawa rumpun Melayu adalah penduduk asal Malaysia sejak 40,000 tahun Sejarah keturunan Raja-raja Bugis yang ditulis oleh Habib Abdullah bin Abu Bakar al-Hadad mengesahkan bahawa nasab keturunan rumpun Melayu Bugis adalah hasil perkahwinan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis (Puteri Saba’) 6. TONGGAK KEMULIAAN BANGSA MELAYU BANGSA bahasa budaya sejarah AGAMA aqidah pendidikan NEGARA siasah pentadbiran 7. (1) BAHASA Bahasa Melayu adalah yang paling ringan (mudah) bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Kerana itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu. Syeikh Ahmad al-Fathani Kitab Tashil Nailil Amani 8. KUPASAN TS Khir Johari menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1965. Akibatnya kita tidak boleh membaca/menulis jawi dan tak boleh mengaji kitab ulama Melayu/al-Quran. Kesilapan telah pun dibuat, kini Kerajaan terpaksa membetulkan kembali keadaan melalui modul J-QAF. Manakala, Sekolah Arab dan Pondok menjadikan tulisan jawi sebagai medium tulisan rasmi mereka. Lawatilah http://www.ejawi.net/v3/ Golongan yang ingin menyama-tarafkan bahasa Melayu dengan lain-lain bahasa, contohnya papan-papan tanda nama jalan dalam 3 bahasa di Pulau Pinang. Bahasa Melayu kini berjaya menjadi pengantar rasmi dalam perkhidmatan awam, sekolah, mahkamah, istana, dewan rakyat, institusi pengajian tinggi dll. Matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi tertakluk kepada penguasaan bangsa ini dalam bidang ekonomi 9. (2) SEJARAH Ketahui olehmu bahawa Ilmu Tarikh itu daripada sebesar-besar segala kadarnya. Dan terlebih cemerlang dalam segala kelam, tercengang itu qamarnya. Ia memberi faedah akan yang mempunyainya akan cerdik dan tajam penilikkannya. Adapun ahli tanah Melayu kita, maka tiadalah mereka itu memperduli dengan sya’an tawarikh. Hingga jahilah mereka itu akan ahwal segala masa yang telah lalu atas negeri mereka daripada beberapa masa yang hampir. Bahkan tiada mengetahui mereka itu akan nama-nama nenek moyang mereka itu Syeikh Ahmad al-Fathani Kitab Hadiqatul Azhar 10. KUPASAN Mata pelajaran sejarah tidak menjadi subjek teras di zaman era PM Dr Mahathir. Akibatnya, generasi muda tidak kenal jati diri dan hilang semangat patriotisme kepada negara. Parti pembangkang ingin membuat tafsiran semula sejarah negara ini bagi menutup kesilapan silam dan asal-usul mereka. PM Abdulah Badawi pada tahun 2009 membuat keputusan untuk menjadikan subjek ini wajib lulus dan subjek teras di sekolah rendah/menengah menjelang 2011 Golongan yang mengumpul, menyusun dan mencantum nasab keturunan keluarga bagi memastikan anak-cucu kenal susur-galur dan menjalin hubungan silaturahim. Teromba nasab juga boleh digunakan sebagai rujukan sistem faraid, mengangkat pemimpin dan mengelakkan kecacatan baka keturunan. Kalau asal benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dilontar ke darat menjadi gunung, dilambung ke langit menjadi bintang 11. (3) BUDAYA Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut lunak, berperibadi baik. Sebahagian ciri-ciri khusus mereka itu, ialah bahawa tidak terlihat di negeri mereka dan lainnya peminta (pengemis) walau pun keadaan mereka sendiri sangat miskin….Fitrah bangsa Melayu sangat mematuhi kedua-dua orang tuanya. Sebahagian besar mereka dengan mudah mengikut perintah-perintah agama Islam Syeikh Ahmad al-Fathani Kitab Hadiqatul Azhar 12. KUPASAN Golongan bukan Melayu mengksploitasi sifat “baik hati” ini dengan menuntut pelbagai perkara. Kerajaan berjaya menangani tuntutan ini kerana mengamalkan 4 prinsip khalifah Islam, iaitu syura (kebertanggungjawaban bersama), keadilan (meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya), persamaan (kewajipan semua untuk melaksanakan) dan kebebasan (selagi tidak memudaratkan kepentingan lebih besar) Golongan elit profesional Melayu yang melihat jati diri orang Melayu sebagai suatu kelemahan dan lebih cenderung memakai nilai-nilai hidup liberal yang sekular. Contohnya Abdullah Munsyi (1796-1854) @ Abdullah Padre yang belajar kebebasan berfikir dari kumpulan mubaligh kristian dan menjadi penterjemah pertama kitab injil (Kajian Dr Abdullah Abd Rahman, USM) 14. (1) AQIDAH Beratus-ratus tahun bangsa Melayu seMalaya ini bermazhab (feqah) dengan al-Imam asy-Syafi`i ijma`an, u suluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari dan tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali. Sekarang sudah timbul mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia. Syeikh Abdullah Fahim Sedutan Wasiat Buat Melayu 15. KUPASAN Golongan Mujasimmah yang memberi sifat-sifat makhluk kepada Allah swt. Contoh:- Allah bersila, Allah samseng, Allah mencarut, Allah tertakluk pada masa dll Golongan Tauhid 3 Serangkai yang menolak Tauhid Sifat 20 atas hujah bidaah. Subjek Pendidikan Islam / Tasawur Islam di bawah KBSM (1989) turut berpegang kepada tauhid Uluhiyyah-Rubbubiyyah-Asma wa Sifat Golongan agamawan yang tidak memuliakan Rasullullah saw dan menisbahkan baginda sebagai manusia biasa. Contoh:- Nabi SAW orang kampung, Nabi SAW budak kelantan, maulid warisan kristian dll SILA RUJUK KAJIAN & BUKTI YANG TERDAPAT DALAM CD 16. KUPASAN Golongan yang tidak memuliakan nasab keturunan Rasullullah saw (ahlul bait). Contoh:- baka syed sebagai pemecah belah umat, golongan habib adalah syiah yang sesat, tawaf kubur dll Golongan yang menghukum sesat, jahiliyyah dan bidaah beberapa amalan yang telah pernah dipraktikkan para sahabat dan alim-ulama. Contoh:- tareqat, salawat, maulid, talqin, tahlil dll Golongan yang menolak taqlid 4 mazhab (fiqhul sunnah). Umat Islam dianjurkan untuk menggunakan akal fikiran untuk menafsir al-quran dan hadis secara terus atau mencari dalil yang lebih kuat untuk menentukan sesuatu hukum yang sesuai mengikut keperluan masa, tempat dan keadaan. SILA RUJUK KAJIAN & BUKTI YANG TERDAPAT DALAM CD 17. (2) PENDIDIKAN Adalah ilmu bahasa sangat besar manfaatnya. Kerana bahawasa, seseorang apabila ia mengetahui dengan beberapa lughat yang lain daripada lughat dirinya niscaya mudahlah baginya mua’amalah, mushahabah dengan sekalian bangsa itu, dan tiada memudah-mudah mereka itu dengan dia Bahasa Melayu adalah bahasa paling fasih diucapkan sesudah bahasa yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW, iaitu bahasa Arab ( Syeikh Ahmad al-Fathani - Kitab Hadiqatul Azhar) Tiadalah ilmu itu dikecualikan pada menuntut ilmu bahasa Inggeris saja, tetapi lebih dari itu, termasuklah ilmu bahasa Arab. Pelajarilah akan dia (Surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada anaknya Haji Wan Ismail) Mereka (bangsa Melayu) memiliki kehormatan yang baik, menguasai perbaikan pertukangan, menerima tentang modenisasi teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya ( Syeikh Ahmad al-Fathani - Kitab Hadiqatul Azhar) 20. (1) SIASAH Islam memandang kebangsaan sebagai alat dan bukan sebagai tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan boleh sebagai satu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu baginya tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan, tetapi hanya suatu alat atau tunggangan untuk menyampaikan ke akhirat Dr Burhanuddin al-Helmy Pengasas Parti Islam Se-Malaysia 21. (1) SIASAH Dan manakala kita lemah daripada mendirikan sesuatu daripada hukum syarak seperti rejam zani muhsan ( hukum hudud ), dan takut fitnah yang memudaratkan Muslimin yang kita tiada kuasa atas menolaknya, nescaya gugur daripada kita wajib mendirikan dia pada ketika itu. Dan wajib atas sekalian Muslimin bersungguh -sungguh mencarikan jalan dengan tadbir dan siasah; belajar dan mempelajarkan akan anak-anak kita akan segala wasilah bagi mendirikan hukum syarak daripada ilmu siasat dan ilmu syara’ hingga dapat mendirikan seperti barang yang iaitu zahir Syeikh Ahmad Fathani Kitab al-Fatwa al-Fathaniyah 22. KUPASAN Golongan yang berjuang melalui bangsa dianggap assabiyah dan dihukum takfir; contohnya - fatwa mati menentang golongan ini dianggap mati syahid, masuk syurga. Nabi SAW saw sendiri mengaku sebagai bangsa Quraisy. Malah alim-ulama seperti al-Mawardi, al-Farra’ dll meletakkan bangsa Quraisy sebagai syarat utama pelantikan seorang pemimpin Hukum hudud boleh ditangguhkan jika ia membawa mudharat yang lebih besar kepada masyarakat dan negara. Contoh:- hal-ehwal Islam di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi dengan jalan tadbir-siasah, Kerajaan Persekutuan masih dapat menyalurkan bantuan seperti gaji guru KAFA, kebajikan jemaah haji, kuat-kuasa halal-haram makanan, pembinaan masjid dll 23. (2) PENTADBIRAN Wajib atas sekalian mukallaf memelihara dirinya dan orang-orang yang di bawah perintahnya, pada kulliyat, iaitu : beberapa perkara yang dibangsakan pada sekalian hukum-hukum agama Allah yang terbit daripadanya – iaitu agama, diri, harta-benda, nasab, akal fikiran dan kehormatan. Bahawa untuk memelihara kesemuanya itu dengan memelihara watan. Bahawa tiap-tiap kebajikan adalah dengan pentadbiran yang baik pula Syeikh Ahmad al-Fathani Kitab Jumanah at-Tauhid 24. (2) PENTADBIRAN Sayogianyalah memperbaiki mu’amalat sesama kaum Muslimin pada segala pekerjaan agama dan dunia. Hendaklah semua urusan itu berpedoman dengan hukum syara’, mengikut apa-apa yang telah digariskan oleh Nabi Muhammad saw – “Pergaulilah semua manusia dengan sebaik-baiknya akan tetapi harus ingat, sangat-sangatlah utama menjauhi sesama manusia apabila akibat pergaulan itu membawa fitnah dan dicela oleh agama Islam” Syeikh Ahmad al-Fathani Kitab Jumanah at-Tauhid 25. (2) PENTADBIRAN Dunia ini tempat bercucuk tanam bagi bekalan akhirat. Dan tidak sempurna agama melainkan seiring dunia. Kekuasaan politik dan agama adalah pasangan berkembar. Agama itu tiang utama, sementara kekuasaan itu adalah penjagaannya. Sesuatu yang tiada tiang, maka ia akan runtuh dan sesuatu yang tiada penjaga akan musnah dan hilang. Imam al-Ghazali Kitab Ihya ‘Ulumiddin 26. KUPASAN Alim ulama’ dan ahlus suffah hendaklah diletakkan pemerintah sesuai pada tempatnya. Beberapa contoh semasa:- 13 Mei 1969 - PAS masuk BN kerana Dato’ Asri bin Muda akur dengan jumhur guru-guru pondok Kelantan 31 Ogos 1957 - Ditentukan oleh Syeikh Abdullah bin Fahim melalui ilmu firasat dan ilmu falak Tasauf sufiah adalah roh kepada perjuangan Islam - Dr Burhanuddin al-Helmy Matlamat politik ialah menegakkan agama. Kaedah-kaedah berpolitik mestilah bersandarkan prinsip-prinsip syarak. Tidaklah boleh kerana hendak menang dalam politik, maka kita menjadi taksub dan hilang pegangan agama dalam keghairahan meraih sokongan. Agama itu tiang agama, kuasa itu penjaganya. Agama yang dimaksudkan ialah Islam yang bersendikan mazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam bidang tauhid, feqah dan tasauf. Bukan agama Islam dari lain-lain fahaman dan aliran 27. RUMUSAN Ketuanan Melayu Adapun kerana FAKEH bangsa melayu ini akan tujuh (7) tonggak perkara serta muafakat ia dengan tauhid-fekah-tasauf Ahlu Sunnah Wal Jamaah, maka wajarlah ia menjadi KHALIFAH di bumi Malaysia ini. Oleh itu, Kerajaan Pemerintah hendaklah mencari ikhtiar siasah dan pentadbiran untuk memastikan orang melayu semakin ramai yang menjadi fakeh Kesatuan al- Malayuwiyah Bangsa Melayu hendaklah bersatu untuk mempertahan, menerus dan menurunkan SAKA ini kepada anak-anak kita. Kita lentur anak-anak dengan tangan, lisan dan doa. Oleh itu, Kerajaan Pemerintah hendaklah mencari ikhtiar siasah dan pentadbiran untuk memastikan orang melayu sentiasa bermuafakat agar mudah dibangunkan bakat mereka 28. AMALAN BUAT PEJUANG Ratib al-Haddad mengambil nama sempena nama penyusunnya, Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad, mujaddid terkenal yang menghasilkan amalan ini pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijrah (bersamaan 26 Mei 1661 ) Amalan Ratib al-Haddad ini diijazahkan kepada tuan-puan sekalian selaku ketua keluarga dan pemimpin masyarakat agar sentiasa ditolong Allah swt untuk menjadikan anak-anak kita sebagai seorang Fakeh Khalifah yang dapat mempertahankan Saka warisan nenek-moyang kita 29. DOA BUAT PEJUANG Benarlah kata alim ulama bahawa “Cinta Kepada Bangsa, Agama dan Negara Itu Sebahagian Daripada Iman”. Kepada pejuang Bangsa, Agama dan Negara, bersama-samalah kita ambil barakah dari doa Syeikh Ahmad al-Fathani ini (walaupun ada sesetengah dari kita tidak bersyukur menjadi bangsa ini):- Ya Allah, menaruh mereka itu akan cemburu pada segala hati mereka itu, dan membesarkan hemah mereka itu, dan menghadapkan inayah dan menyungguh-nyungguh usaha mereka itu pada bahawa dijadikan segala negeri al-Malayuwiyah ini bendaharaan ilmu, dan perladungan kepandaian dan membukakan segala mata anak jenis mereka itu kepada memandang cemerlang kebijakan dan handalan supaya ada kelihatan kemegahan bangsa Melayu antara segala alam, tertinggi nama mereka itu antara Bani Adam, bertambah-tambah kelebihan ulama mereka itu atas segala ulama, dan bertambah nyata agama mereka itu atas segala agama

Ketuanan Melayu: Antara Konsep dan Isu

konsep ketuanan Melayu bukanlah suatu ungkapan yang tidak ada pengertiannya, tetapi mengandungi makna yang besar. Apabila seseorang menyeru ke arah menolak konsep ketuanan Melayu dan semangatnya seumpama seseorang yang mempunyai sebuah rumah lalu mengisytiharkan rumah tersebut bukan miliknya lalu diberikan kepada sesiapa yang menginginkannya secara percuma. Bahkan, isu itu lebih dari sekadar itu sahaja. Ia sememangnya melibatkan isu yang lebih luas dalam konteks negara Malaysia ini terutamanya melibatkan institusi beraja di tanah Melayu (atau Malaysia) ini yang bertanggungjawab menjaga agama dan keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera yang merupakan penduduk asal di Malaysia. Para ulama' Nusantara bersemangat mempertahankan ke"nusantara"an mereka dengan gelaran merujuk kepada tanah asal masing-masing (seperti Al-Fathani, Al-Falambani, Al-Banjari, Al-Bantani, Al-Jawi, Al-Fadani, Al-Filfilani, Al-Kalantani dan sebagainya) di samping menulis kitab-kitab agama dalam tulisan Jawi membuktikan semangat ini perlu terus dipertahankan melalui segenap konsep yang dapat dimanfaatkan untuk tujuan tersebut. Ketuanan Melayu bukan semata-mata isu politk sehingga sesetengah pihak mengaku sedang menjuarai agenda mempertahankannya sedangkan sebahagian yang lain cuba menghancurkannya atas dasar ianya adalah agenda politik sesetengah parti bersemangat kebangsaan. Ukurannya adalah ilmu dan falsafah umumnya, sebelum emosi dan situasi khusus yang bersifat cabang di sekitarnya. Teras Mencintai Tanah Air Islam sangat menjaga dan meraikan unsur fitrah dalam diri manusia. Antaranya, termasuklah kecintaan kepada tanah air yang menjadi fitrah dan tabiat murni dalam diri mereka. Bahkan, merasa betapa tanah air tercinta sebagai sebahagian daripada kehidupan manusia adalah suatu yang mengalir dalam kemanusiaan manusia. Rasulullah s.a.w. menzahirkan rasa kecintaan terhadap tanah air Baginda s.a.w. yang tercinta, iaitu bumi Makkah, sebagaimana dalam sabda Baginda s.a.w. ketika keluar berhijrah meninggalkan bumi Makkah tersebut: ما أطيبكِ من بلد ، وأحبَّكِ إليَّ ، ولولا أن قومي أخرجوني منكِ ما سكنتُ غيركِ " . Maksudnya: Alangkah indahnya engkau (wahai Makkah) selaku tempat kediaman dan engkaulah yang paling ku cintai. Andai bukan kerana kaumku mengeluarkanku daripadamu, nescaya aku tidak akan mendiami di mana-mana tempat selainmu". [Hadis riwayat Imam At-Tirmizi, no: 3926] Islam: Antara Keluasan Ajarannya dan Pengiktirafan Fungsi Perbezaan Dalam Masyarakat Ramai orang membincang sesuatu isu secara terpisah sehingga akhirnya membuat kesimpulan yang tidak menyeluruh. Begitulah yang berlaku dalam menilai ajaran Islam dan pedomannya dalam sesuatu permasalahan dan isu. Ajaran Islam mengajar tentang keluasan ajarannya yang menjangkau perbezaan bangsa dan sempadan daerah, namun dalam masa yang sama tidak menafikan hikmah di sebalik perbezaan bangsa yang menghuni d sesuatu tempat tersebut. Ketika Allah s.w.t. menyebut tiada beza di sisi Allah s.w.t. antara mana-mana kaum melainkan dengan takwa, namun Allah s.w.t. masih menjelaskan wujudnya fungsi perbezaan kaum tersebut yang perlu dihayati. Dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13) Ayat ini menjelaskan sebahagian fungsi perbezaan antara jantina dan bangsa adalah untuk saling mengenali dengan ciri-ciri keistimewaan mereka yang tersendiri. Antara ciri-ciri keistimewaan masing-masing adalah tanah asal mereka itu sendiri yang akhirnya akan disentuh secara lebih terperinci selepas ini. Jadi, seseorang tidak dapat menolak kepentingan ciri-ciri keistimewaan dalam kelainan antara sesama bangsa yang berbeza dalam pada menetapkan keluasan ajaran Islam. Ia adalah dua perbahasan yang berbeza tetapi tidak terpisah. Penduduk Tempatan dan Penduduk yang Berhijrah dalam Mafhum Al-Qur'an Kita perlu melihat konteks penduduk "tempatan" dan mereka yang berhijrah dari sesebuah tanah air asal menuju ke sesuatu tempat yang baru dalam neraca dan panduan murni Al-Qur'an Al-Karim. Allah s.w.t. berfirman: (Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (agama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya). Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. [Surah Al-Hasyr: 8-9] Dalam ayat ini menceritakan tentang dua golongan Islam yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. iaitulah orang-orang Muhajirin dan orang-orang Anshar. Allah s.w.t. menjelaskan betapa orang-orang Muhajirin yang berhijrah dari kampung halaman mereka menunjukkan Islam meraikan sudut sejarah bagi sesuatu kaum yang berhijrah dari sesuatu tempat menuju ke sesuatu tempat yang lain. Begitu juga, ayat seterusnya menceritakan tentang orang-orang Anshar yang "mendiami" negeri Madinah lalu mengasihi para muhajirin yang berhijrah ke negeri "mereka" (iaitu negeri orang-orang Anshar). Allah s.w.t. tidak menghilangkan nisbah orang-orang Anshar sebagai tuan kepada kediaman mereka sendiri dengan menisbahkan negeri tersebut kepada mereka. Ayat ini mengajar kita bagaimana berinteraksi dengan isu bangsa dan tempat kediaman dengan melihat sejarah sesuatu bangsa yang sudah memegang pemerintahan di sesuatu tempat dengan bangsa yang berhijrah lalu menghuni di tempat orang lain. Biarpun Saidina Rasulullah s.a.w. memimpin orang-orang Islam secara umumnya, namun kepimpinan tempatan seperti negeri Madinah kepada orang-orang Anshar, negeri Makkah kepada para pembesar Quraisy dan sebagainya. Jadi, ayat ini menjelaskan bagaimana mengiktiraf ketuanan bangsa kepada sesuatu tempat adalah sesuatu yang diamalkan dalam Al-Qur'an walaupun tanpa istilah-istilah ketuanan dan sebagainya. Pun begitu, tetap sahaja, maksud ketuanan sesuatu bangsa iaitu kepimpinan tempatan bagi sesuatu bangsa yang memimpin di tempat mereka tersebut diraikan dalam ajaran Islam. Persekitaran Istilah Ketuanan Melayu Definisi Ketuanan Melayu selalunya sekitar "Bangsa Melayu sebagai bangsa asal Tanah Melayu (Malaysia) selain bangsa pribumi yang lain". Dalam wikipedia menyebut: "Ketuanan Melayu ialah kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu." Dr. Mohd Ridhuan Tee berkata: "Ketuanan Melayu hanya satu istilah untuk menunjukkan bahawa orang Melayu adalah bangsa asal negara ini, selain orang asli. Atas kefahaman ini, maka saya dapat menerima istilah ini tanpa prejudis, apatah lagi untuk mempertikaikan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang, berasal dari Yunan dan Indonesia." Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm Istilah Ketuanan (As-Siyadah) Sesetengah orang yang cuba menolak konsep ketuanan hanya kerana tidak mampu memahami isu bahasa dengan baik. Ada yang mendakwa konsep ketuanan (ketuanan Melayu sebagai contoh) menyebabkan bangsa-bangsa lain adalah hamba kerana lawan bagi tuan adalah hamba. Anggapan begini adalah suatu anggapan yang lahir daripada kejahilan terhadap keluasan sesuatu istilah. Dalam bahasa Arab, perkataan as-sayyid (tuan) tidak menyebabkan selain daripada orang yang dipanggil as-sayyid adalah hamba-hamba kepada as-sayyid tersebut. As-Sayyid atau tuan adalah suatu ungkapan untuk menghormati seseorang yang mempunyai kedudukan dan kepimpinan. Istilah tuan hanya merujuk kepada hamba jika istilah tuan itu dinisbahkan kepada seseorang untuk tujuan menjelaskan status kehambaan orang yang dinisbahkan tersebut. Seperti contoh, tuan si A, boleh membawa maksud tuan kepada si A tersebut sedangkan si A adalah hamba kepada tuan tersebut. Tetapi, jika dikatakan tuan kepada sesuatu bangsa, tempat dan sebagainya, tidak menyebabkan selain "tuan" adalah hamba. Mengapa mengelirukan orang-orang sekeliling dengan kekeliruan diri sendiri? Lihatlah dalam Kamus Dewan Edisi Kedua dalam menjelaskan maksud kalimah "tuan":- 1 panggilan bagi orang lelaki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ hakim. 2 panggilan bagi wanita bangsawan (spt puteri raja): ~ puteri. 3 kata ganti nama diri bagi orang lelaki atau orang perempuan yg di­lawan bercakap: ~ hendak ke mana? 4 yg empunya; pemilik: Siapa ~ kedai ini? 5 orang tempat seseorang meng­hambakan diri; lw hamba: ~ saya baru saja keluar. ~ rumah a. pemilik rumah. b. orang yg meraikan tetamu. tuan-tuan sekalian orang yg hadir dlm sesuatu keramaian, majlis dll: Saya mengucapkan berbanyak-banyak te­rima kasih atas kerjasama ~. bertuan ada tuannya atau ada pemiliknya; mem­­­punyai penguasa: Rumah ini belum ~ lagi. bertuankan menerima atau mengakui seseorang sbg tuan. menuani berlaku sbg tuan terhadap (sesuatu atau seseorang); menguasai; memiliki. menuankan menjadikan sbg tuan; memanggil tuan kpd orang yg dilawan berbicara. ketuanan hak memerintah; kekuasaan: Kublai Khan mendesak Singhasari menerima ~ Mongol. pertuanan 1 golongan bangsawan. 2 pemerintahan. dipertuan dimuliakan. Yang di-Pertuan Agong ketua negara Malaysia. Maksud tuan dalam kalimah ketuanan Melayu yang difahami umum sudah semestinya merujuk kepada maksud yang keempat iaitu bangsa Melayu sebagai pemilik asal tanah Melayu ini. Ketuanan sendiri dalam Kamu Dewan Edisi Keempat menyebut: "hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll), kedaulatan:" Jadi, di mana salahnya istilah "ketuanan" Melayu ini melainkan pada salah faham sesetengah pihak atau di sisi mereka yang cuba mengelirukan masyarakat umum. Benarlah kata Dr. Mohd Ridhuan Tee: "Penggunaan istilah ketuanan Melayu tidak langsung menggambarkan hubungan antara 'tuan' dengan 'hamba' sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan ultra kiasu." [Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm ] Ketuanan Melayu dan Perlembagaan "Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia." Maksudnya, ketuanan Melayu berkait rapat dengan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong (Raja Melayu) menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia yang dirujuk sebagai Bumiputera. Dalam ungkapan perlembagaan, ianya disebut sebagai Artikel 153 Perlembagaan Malaysia sedangkan dalam kontrak sosial, ianya disebut sebagai ketuanan Melayu. Ramai orang tidak faham ungkapan ini secara menyeluruh akhirnya membuat kesimpulan betapa ketuanan Melayu membawa kepada pengabaian terhadap kaum-kaum lain. Jika kita rujuk secara dekat dalam artikel 153 ini, apa yang disebut adalah berkenaan dengan menjaga "kedudukan keistimewaan" Bumiputera. Ia tidak menafikan aspek "menjaga" hak-hak kaum lain kerana pengkhususan tanggungjawab penjagaan dalam artikel tersebut lebih merujuk kepada kedudukan keistimewaan yang khusus kepada Bumiputera. Jadi, penjagaan terhadap "kedudukan keistimewaan" secara khusus bagi sesuatu bangsa yang menjadi penduduk asal Malaysia tidak menafikan penjagaan "hak-hak" setiap kaum secara umum. Apa yang berbeza adalah, sesetengah kaum mempunyai hak dan sesetengah kaum yang lain (penduduk asal) mempunyai hak dan kedudukan keistimewaan. Itu sahaja. Antara Ketuanan Islam dan Ketuanan Melayu Sudah tentulah, setiap istilah perlu kepada definisinya yang sesuai dengan penggunaannya yang tepat dalam bahasa yang digunakan. Istilah ketuanan dalam bahasa Melayu sendiri merujuk kepada:- - hak memerintah; kekuasaan [Kamus Pelajar] - hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll), kedaulatan [Kamus Dewan Edisi Empat] Jika kita menisbahkan kalimah "ketuanan" kepada kalimah Islam bererti kita bermaksud bahawa Islam mempunyai hak memerintah dan mempunyai kekuasaan. Padahal, Islam adalah agama yang menjadi panduan dalam urusan kehidupan manusia secara menyeluruh, tetapi tidak pula mempunyai "hak memerintah" sebagaimana yang dimaksudkan oleh kalimah ketuanan itu sendiri. Perkataan hak sendiri merujuk kepada individu, bukan kepada sesebuah agama. Sedangkan, ketuanan Melayu pula merujuk kepada "hak memerintah" (atau sekurang-kurangnya merujuk kepada "penduduk asal di tanah Melayu"), bagi bangsa Melayu di Malaysia. Sudah pasti kalimah ketuanan Melayu dan ketuanan Islam berbeza kerana afraad (individu-individu) yang terkandung dalam dua kalimah tersebut berbeza sama sekali. Jika disebutkan kalimah "ketuanan Islam", maka ianya tidak merujuk kepada konsep mempertahankan "hak keistimewaan bangsa Melayu sebagai penduduk asal Malaysia di samping Bumiputera yang lain" sebagaimana ianya terkandung dalam kalimah Ketuanan Melayu, kerana ketuanan Islam akan merangkumi bangsa selain Melayu dan Bumiputera yang telah memeluk Islam. Ia tidak salah dari sudut ajaran Islam tetapi tidak juga sampai kepada maksud sebenar fungsi istilah "ketuanan Melayu" yang berkait rapat dengan artikel 153 dipertahankan dalam Perlembagaan. Istilah "ketuanan Islam" juga tidak bersifat mani'e untuk merujuk kepada semangat sebenar di sebalik artikel 153 ini bahkan sebaliknya, isitilah "ketuanan Melayu" lebih merangkumi maksud ketuanan Islam secara tidak langsung kerana dalam takrif Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan adalah:- Orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura. [Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia] Penutup Ringkas: Hak dan Keistimewaan Bumiputera Tan Sri Prof. Khoo Kay Kim berkata: "Memandang dari sudut kuota pula, kita seharusnya tidak menafikan hak kuota Bumiputera yang mempunyai banyak kelebihan dalam pelbagai aspek kerana mereka rakyat beraja. Kerajaan memang diasaskan oleh orang Melayu yang masyarakatnya terdiri dari dua kelas iaitu kelas yang memerintah dan kelas yang diperintah." [Majalah Milenia, September 2010, m/s: 19] Ketika membincangkan tentang ketuanan Melayu, kita membincangkan tentang "tanah Melayu" yang lebih dikenali sebagai Malaysia ketika ini. Ia tentang penduduk asal, kerajaan asal, pentadbiran asal dan bangsa pembangun tamadun asal di tanah bernama Malaysia tersebut. Ia sudah pasti tidak terpisah daripada Islam bahkan Islam sendiri adalah panduan terbaik dalam membentuk sebuah konsep terbaik berkaitan ketuanan Melayu ini. Wallahu a'lam....

Monday, April 1, 2013

Pulau Pinang

APA DAH JADI BN TERBAIK UAKIN LAH

Tuesday, March 26, 2013

REMPUH PADANG KOTA

25 Haribulan Mac 2013 Rakyat Pulau Pinang Bangkit Merempuh Padang Kota .

Thursday, March 7, 2013

IC Pendatang

Melihat kepada perkembangan di Sabah, Anwar kelihatan begitu yakin rancangan Pakatan untuk mengucar-ngacirkan Sabah dan memperolehi sokongan serta undi daripada masyarakat pengundi di Negeri Bawah Bayu itu, akan berjaya lantas Ketua Umum itu mula membangkitkan perkara yang sama di semenangung pula. Sebenarnya, kalau kita melihat modus operandi Anwar Ibrahim, sebenarnya tidaklah sesukar mana pun untuk kita menelah apa yang akan dilakukan seterusnya oleh puak-puak berkenaan. Anwar hanya perlu bercakap, kerja-kerja seterusnya akan dilakukan oleh konco-konco dan macai-macainya dengan penuh jaya. Anwar Ibrahim adalah raja persepsi dan sentimen. Tidak dapat dinafikan, dalam hal berbohong, Anwar Ibrahim adalah orang yang paling hebat di negara ini, bahkan mungkin juga di dunia ini. Anwar boleh menjadikan perkara yang benar menjadi perkara bohong dan Anwar boleh mewujudkan cerita bohong untuk dianggap benar dan tulen. RCI di Sabah masih berjalan dengan lancar namun Anwar Ibrahim dengan kerjasama DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang sekarang ini sedang berusaha sedaya upaya untuk mengait dan seterusnya menyabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam kes berkenaan. Dan sememangnya pun, para pecacai Anwar sedang menimbulkan persepsi agar orang ramai melihat Mahathir sebagai pengkhianat negara yang telah menjual negara ini kepada warga asing demi memastikan UMNO terus berkuasa di Sabah dan Malaysia. Fakta sebenar tentang pemberian kewarganegaraan terutama sekali kepada mereka yang beragama Islam dan telah tinggal di Sabah selama bertahun-tahun, tidak pernah dipedulikan. Sebabnya, perkara terpenting yang perlu ditekankan dalam hal ini ialah, ‘kerja-kerja jahat’ Mahathir dan pasukannya demi memastikan survival UMNO berjalan lancar. Penampilan beberapa orang saksi yang dikatakan sangat berkredibiliti berdasarkan kepada kerjaya mereka dahulu, tidak pernah dipersoalkan oleh Anwar Ibrahim mahupun Kit Siang, apatah lagi para pecacai mereka. Barangkali kalau saksi-saksi tersebut ditampilkan oleh UMNO, tentunya Anwar Ibrahim dan Kit Siang, bahkan pecacai-pecacai mereka akan menjerit sakan memberitahu satu dunia bahawa saksi-saksi tersebut tidak boleh dibawa ke tengah dan segala keterangan serta persaksian mereka tidak boleh diterima sama sekali. Manakan tidak, keempat-empat saksi yang sedang diusung oleh Pakatan Rakyat dan amat dibanggakan oleh pecacai Pakatan Rakyat sebenarnya merupakan bekas tahanan ISA yang mana, mereka ditahan di bawah akta berkenaan kerana penglibatan mereka dalam sindiket penyalahgunaan pengeluaran kad pengenalan palsu dan pemerasan. Bagaimanakah orang yang sebegitu boleh menjadi saksi yang amat dipercayai oleh Pakatan Rakyat? Bagaimana cerita mereka boleh dijaja-jajakan dan dianggap sebagai satu kebenaran sedangkan mereka sendiri adalah terdiri daripada manusia yang memandang wang ringgit sebagai asas kepada setiap tindakan dan kata-kata mereka? Setelah ‘berjaya’ di Sabah, Anwar cuba menimbulkan persoalan yang sama di Selangor. Umum mengetahui, Selangor menyediakan terlalu banyak tempat untuk pendatang. Ampang, Kelang, Selayang dan sebagainya menjadi pusat ternak pendatang asing yang cukup hebat. Malah di sesetengah tempat, contohnya di Pandan dan Ampang, wakil-wakil rakyat sendiri yang tidak membenarkan pihak berkuasa seperti Imigresen membuat operasi membanteras pendatang asing dengan alasan mengganggu ketenteraman awam. Awal-awal lagi PKR sudah bikin bising kononnya UMNO dan Barisan Nasional telah memindahkan pengundi serta mendaftarkan pengundi baru dari kalangan pendatang. Malah yang paling lucu ialah apabila Zuraidah Kamaruddin mendakwa Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor telah mendaftarkan pendatang asing yang mempunyai kad pengenalan mereka sebagai pengundi semata-mata untuk memastikan Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Hulu Selangor yang dirampas oleh Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil 2008 dari PKR berikutan kematian penyandangnya. Ijok yang sedang bermasalah dan Khalid Ibrahim tidak nampak gaya untuk menang di DUN berkenaan, dikatakan telah dikuasai oleh pengundi-pengundi baru yang didaftarkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor bergaji seringgit tetapi mendapat elaun beratus ribu ringgit sebulan, cuba menunjukkan kehebatannya berfikir atau mencetuskan idea untuk melawan balik UMNO dan Barisan Nasional, kembali menunjukkan taringnya dalam mencipta isu. Untuk berlawan secara rasional, mana mungkin. Justeru, tidak ada cara lain melainkan Anwar melihat keperluan kepada penciptaan persepsi dan membangkitkan sentimen. Dengan kekuatan PKR yang semakin merudum, manakala PAS pula semakin bercelaru ekoran kontroversi KALIMAH ALLAH dan AMANAT HAJI HADI, mungkinkah DAP akan muncul memberikan bantuan dengan cara mendesak kewujudan satu lagi SURUHANJAYA DIRAJA seperti RCI di Sabah untuk menyiasat pemberian kewarganegaraan kepada imigran. Sebenarnya, elok juga seandainya perkara yang berkaitan dengan pendatang diberi kewarganegaraan dibincangkan dan didedahkan. Malah tentu ramai juga yang mahu tahu, bagaimana pendatang yang diberikan kewarganegaraan mampu menjadi ahli politik Pakatan yang beria-ia tidak membenarkan imigran lain menjadi warganegara Malaysia. Ramai yang mahu tahu, adakah mereka kesal kerana telah diberikan kewarganegaraan Malaysia. Ketua Pemuda PAS Sabah dan Badrol Amin Baharom, Ustaz Khalwat Dengan Isteri Orang yang sangat terkenal itu merupakan antara golongan yang mendapat kad pengenalan biru dan kewarganegaraan Malaysia yang sekarang ini, begitu bising tentang warganegara daripada kalangan imigran. Zuraidah Kamaruddin yang menjadi Ahli Parlimen Ampang mewakili PKR dan juga merupakan Ketua Wanita PKR, kerapkali memperkatakan tentang warga asing yang diberikan peluang untuk mengundi tanpa sedar, dia juga merupakan antara orang yang menikmati kewarganegaraan Malaysia sepenuhnya sehingga boleh menjadi Ahli Parlimen, sedangkan di negara-negara yang sering ndijadikan contoh para pemimpin partinya, orang seperti mereka tidak mendapat tempat sebagai pembuat dasar dan undang-undang negara. Ada banyak persoalan yang berkaitan dengan tindakan Anwar Ibrahim dan DAP menerusi Lim Kit Siang membangkitkan perkara berkenaan. Salah satunya adalah untuk menghancurkan dan memusnahkan terus Tun Dr. Mahathir. Seperkara lagi ialah untuk menyediakan jawapan bagi kekalahan dan kekecewaan Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti. Namun dari perspektif positifnya, kita boleh melihat sendiri, walaupun kelihatan menjolok mata, Malaysia memberi peluang kepada orang asing yang mendapat status warganegara untuk lupa diri dan memutar belitkan fakta sebenar sepertimana yang berlaku kepada Zuraidah Kamaruddin, Lim Kit Siang, Badrol Amin dan sebagainya. Perkembangan seterusnya akan tambah menarik apabila puak Pakatan akan mengembangkan isu kad pengenalan biru dari Sabah ke Semenajung pula. Amat pelik keselamatan negara menjadi isu. Seolah-olah menjadi warganegara Malaysia adalah hak kemudahan untuk orang asing menyeludup masuk ke Negara ini. Pada mulanya Pakatan Rakyat memilih untuk mengkritik tapi kini demi undi dan sokongan mereka pula menyokong kebanjirannya malah membantu golongan ini untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. sikap ironi pemimpin Pakatan dalam menuntut kad pengenalan biru untuk lebih 300,000 kaum India yang dikatakan penduduk asal negara ini tapi tak ada kad pengenalan biru . Persoalan sekarang benarkah 300,000 itu benar2 orang India yang berasal dari negara ini dan bukan dari negara India ? Kenapa logik seperti ini tidak pula di aplikasikan untuk kes di Sabah ? Mereka juga boleh mengaku mereka penduduk asal Sabah , tetapi tidak ada dokumen kerana kesukaran perhubungan dengan bandar , sama seperti yang berlaku untuk '300,000' golongan di semenanjung ini ? Apa pun Pakatan Rakyat tetap menjadi badut di dalam kekeliruan kerana tujuan politik mahu menang mengatasi kebenaran. Di satu waktu Pakatan Rakyat menjalan kan kempen meramaikan ahli dan pengundi dengan DAP mendahului parti lain mendaftarkan ahli dan pengundi yang begitu ramai jumlahnya.

Wednesday, March 6, 2013

JANGAN CUBA TIMBULKAN KERAGUAN TERHADAP GAMBAR LANUN-LANUN SULU YANG BERJAYA DIBUNUH PULAK!!!

Nampaknya para pecacai dan penjilat sudah semakin beku kepala otak mereka. Sememangnya mereka tidak dapat langsung mencari jawapan kepada dakwaan media-media Filipina serta risikan negara tersebut tentang peranan yang dimainkan oleh pEMIMPIN mereka dalam kemelut pencerobohan lanun-lanun Sulu. Baru-baru ini Nur Misuari telah mengadakan pertemuan dengan rakannya iaitu Ketua Pembangkang Malaysia merangkap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Mengikut maklumat risikan tentera Filipina, antara perkara yang dibincangkan mereka berdua mempunyai hubung kait dengan perancangan PR untuk memberi kuasa autonami kepada Sabah dan peranan Kesultanan Sulu kelak sekiranya PR berjaya menguasai PRU 13. Sementara itu, seorang lagi pemimpin pembangkang, Jeffrey Kitingan juga pernah bertemu muka dengan seorang waris Kesultanan Sulu dan topik perbincangan juga berkisar pada autonomi kepada Sabah. Lebih menariknya beberapa ketika selepas kedua-dua pertemuan tersebut ia dikuti dengan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu sekarang. Foto pengganas Sulu yang diTumpaskan Pasukan Keselamatan . Utk apa pemimpin kanan PKR iaitu Tian Chua dan R.Sivarasa ke Filipina pada 7hb Februari yg lalu. Dlm insiden pencerobohan di Lahad Datu yg telah mengorbankan nyawa anggota keselamatan tanahair, Tian Chua telah memberikan reaksi negatif dan memperlekehkan kematian mereka. Nyata, para pemimpin PR tidak sensitif dengan apa yg berlaku hingga sanggup mempolitikkan isu keselamatan tanahair. Apa yg ada dalam hati kita sbg rakyat Malaysia ialah kita mengharapkan keharmonian dan keamanan tanahair tercinta ini berterusan. Al Fatihah buat para pejuang tanahair yg terkorban demi mempertahankan tanahair. Semoga mereka diberkati dan diredhai Tuhan sentiasa. ( GAMBAR NI PEROLEHI DARI TELEFON BIMBIT PENGGANAS YANG MATI DI TEMBAK DI SEMPORNA ) PUAK PENGGANAS DENGAN PENUH BERGAYA BERGAMBAR SEBELUM KEJADIAN TEMBAK MENENBAK BERLAKU DI SIMUNUL DAN SEKITAR DAERAH SEMPORNA