Thursday, March 7, 2013

IC Pendatang

Melihat kepada perkembangan di Sabah, Anwar kelihatan begitu yakin rancangan Pakatan untuk mengucar-ngacirkan Sabah dan memperolehi sokongan serta undi daripada masyarakat pengundi di Negeri Bawah Bayu itu, akan berjaya lantas Ketua Umum itu mula membangkitkan perkara yang sama di semenangung pula. Sebenarnya, kalau kita melihat modus operandi Anwar Ibrahim, sebenarnya tidaklah sesukar mana pun untuk kita menelah apa yang akan dilakukan seterusnya oleh puak-puak berkenaan. Anwar hanya perlu bercakap, kerja-kerja seterusnya akan dilakukan oleh konco-konco dan macai-macainya dengan penuh jaya. Anwar Ibrahim adalah raja persepsi dan sentimen. Tidak dapat dinafikan, dalam hal berbohong, Anwar Ibrahim adalah orang yang paling hebat di negara ini, bahkan mungkin juga di dunia ini. Anwar boleh menjadikan perkara yang benar menjadi perkara bohong dan Anwar boleh mewujudkan cerita bohong untuk dianggap benar dan tulen. RCI di Sabah masih berjalan dengan lancar namun Anwar Ibrahim dengan kerjasama DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang sekarang ini sedang berusaha sedaya upaya untuk mengait dan seterusnya menyabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam kes berkenaan. Dan sememangnya pun, para pecacai Anwar sedang menimbulkan persepsi agar orang ramai melihat Mahathir sebagai pengkhianat negara yang telah menjual negara ini kepada warga asing demi memastikan UMNO terus berkuasa di Sabah dan Malaysia. Fakta sebenar tentang pemberian kewarganegaraan terutama sekali kepada mereka yang beragama Islam dan telah tinggal di Sabah selama bertahun-tahun, tidak pernah dipedulikan. Sebabnya, perkara terpenting yang perlu ditekankan dalam hal ini ialah, ‘kerja-kerja jahat’ Mahathir dan pasukannya demi memastikan survival UMNO berjalan lancar. Penampilan beberapa orang saksi yang dikatakan sangat berkredibiliti berdasarkan kepada kerjaya mereka dahulu, tidak pernah dipersoalkan oleh Anwar Ibrahim mahupun Kit Siang, apatah lagi para pecacai mereka. Barangkali kalau saksi-saksi tersebut ditampilkan oleh UMNO, tentunya Anwar Ibrahim dan Kit Siang, bahkan pecacai-pecacai mereka akan menjerit sakan memberitahu satu dunia bahawa saksi-saksi tersebut tidak boleh dibawa ke tengah dan segala keterangan serta persaksian mereka tidak boleh diterima sama sekali. Manakan tidak, keempat-empat saksi yang sedang diusung oleh Pakatan Rakyat dan amat dibanggakan oleh pecacai Pakatan Rakyat sebenarnya merupakan bekas tahanan ISA yang mana, mereka ditahan di bawah akta berkenaan kerana penglibatan mereka dalam sindiket penyalahgunaan pengeluaran kad pengenalan palsu dan pemerasan. Bagaimanakah orang yang sebegitu boleh menjadi saksi yang amat dipercayai oleh Pakatan Rakyat? Bagaimana cerita mereka boleh dijaja-jajakan dan dianggap sebagai satu kebenaran sedangkan mereka sendiri adalah terdiri daripada manusia yang memandang wang ringgit sebagai asas kepada setiap tindakan dan kata-kata mereka? Setelah ‘berjaya’ di Sabah, Anwar cuba menimbulkan persoalan yang sama di Selangor. Umum mengetahui, Selangor menyediakan terlalu banyak tempat untuk pendatang. Ampang, Kelang, Selayang dan sebagainya menjadi pusat ternak pendatang asing yang cukup hebat. Malah di sesetengah tempat, contohnya di Pandan dan Ampang, wakil-wakil rakyat sendiri yang tidak membenarkan pihak berkuasa seperti Imigresen membuat operasi membanteras pendatang asing dengan alasan mengganggu ketenteraman awam. Awal-awal lagi PKR sudah bikin bising kononnya UMNO dan Barisan Nasional telah memindahkan pengundi serta mendaftarkan pengundi baru dari kalangan pendatang. Malah yang paling lucu ialah apabila Zuraidah Kamaruddin mendakwa Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor telah mendaftarkan pendatang asing yang mempunyai kad pengenalan mereka sebagai pengundi semata-mata untuk memastikan Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Hulu Selangor yang dirampas oleh Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil 2008 dari PKR berikutan kematian penyandangnya. Ijok yang sedang bermasalah dan Khalid Ibrahim tidak nampak gaya untuk menang di DUN berkenaan, dikatakan telah dikuasai oleh pengundi-pengundi baru yang didaftarkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor bergaji seringgit tetapi mendapat elaun beratus ribu ringgit sebulan, cuba menunjukkan kehebatannya berfikir atau mencetuskan idea untuk melawan balik UMNO dan Barisan Nasional, kembali menunjukkan taringnya dalam mencipta isu. Untuk berlawan secara rasional, mana mungkin. Justeru, tidak ada cara lain melainkan Anwar melihat keperluan kepada penciptaan persepsi dan membangkitkan sentimen. Dengan kekuatan PKR yang semakin merudum, manakala PAS pula semakin bercelaru ekoran kontroversi KALIMAH ALLAH dan AMANAT HAJI HADI, mungkinkah DAP akan muncul memberikan bantuan dengan cara mendesak kewujudan satu lagi SURUHANJAYA DIRAJA seperti RCI di Sabah untuk menyiasat pemberian kewarganegaraan kepada imigran. Sebenarnya, elok juga seandainya perkara yang berkaitan dengan pendatang diberi kewarganegaraan dibincangkan dan didedahkan. Malah tentu ramai juga yang mahu tahu, bagaimana pendatang yang diberikan kewarganegaraan mampu menjadi ahli politik Pakatan yang beria-ia tidak membenarkan imigran lain menjadi warganegara Malaysia. Ramai yang mahu tahu, adakah mereka kesal kerana telah diberikan kewarganegaraan Malaysia. Ketua Pemuda PAS Sabah dan Badrol Amin Baharom, Ustaz Khalwat Dengan Isteri Orang yang sangat terkenal itu merupakan antara golongan yang mendapat kad pengenalan biru dan kewarganegaraan Malaysia yang sekarang ini, begitu bising tentang warganegara daripada kalangan imigran. Zuraidah Kamaruddin yang menjadi Ahli Parlimen Ampang mewakili PKR dan juga merupakan Ketua Wanita PKR, kerapkali memperkatakan tentang warga asing yang diberikan peluang untuk mengundi tanpa sedar, dia juga merupakan antara orang yang menikmati kewarganegaraan Malaysia sepenuhnya sehingga boleh menjadi Ahli Parlimen, sedangkan di negara-negara yang sering ndijadikan contoh para pemimpin partinya, orang seperti mereka tidak mendapat tempat sebagai pembuat dasar dan undang-undang negara. Ada banyak persoalan yang berkaitan dengan tindakan Anwar Ibrahim dan DAP menerusi Lim Kit Siang membangkitkan perkara berkenaan. Salah satunya adalah untuk menghancurkan dan memusnahkan terus Tun Dr. Mahathir. Seperkara lagi ialah untuk menyediakan jawapan bagi kekalahan dan kekecewaan Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti. Namun dari perspektif positifnya, kita boleh melihat sendiri, walaupun kelihatan menjolok mata, Malaysia memberi peluang kepada orang asing yang mendapat status warganegara untuk lupa diri dan memutar belitkan fakta sebenar sepertimana yang berlaku kepada Zuraidah Kamaruddin, Lim Kit Siang, Badrol Amin dan sebagainya. Perkembangan seterusnya akan tambah menarik apabila puak Pakatan akan mengembangkan isu kad pengenalan biru dari Sabah ke Semenajung pula. Amat pelik keselamatan negara menjadi isu. Seolah-olah menjadi warganegara Malaysia adalah hak kemudahan untuk orang asing menyeludup masuk ke Negara ini. Pada mulanya Pakatan Rakyat memilih untuk mengkritik tapi kini demi undi dan sokongan mereka pula menyokong kebanjirannya malah membantu golongan ini untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. sikap ironi pemimpin Pakatan dalam menuntut kad pengenalan biru untuk lebih 300,000 kaum India yang dikatakan penduduk asal negara ini tapi tak ada kad pengenalan biru . Persoalan sekarang benarkah 300,000 itu benar2 orang India yang berasal dari negara ini dan bukan dari negara India ? Kenapa logik seperti ini tidak pula di aplikasikan untuk kes di Sabah ? Mereka juga boleh mengaku mereka penduduk asal Sabah , tetapi tidak ada dokumen kerana kesukaran perhubungan dengan bandar , sama seperti yang berlaku untuk '300,000' golongan di semenanjung ini ? Apa pun Pakatan Rakyat tetap menjadi badut di dalam kekeliruan kerana tujuan politik mahu menang mengatasi kebenaran. Di satu waktu Pakatan Rakyat menjalan kan kempen meramaikan ahli dan pengundi dengan DAP mendahului parti lain mendaftarkan ahli dan pengundi yang begitu ramai jumlahnya.

1 comment:

Anonymous said...

TIMBUL BALIK MUKA MUKA SIAL NI...HUH MENYEMAK BLOGG JER SAKIT MATA TENGOK BERUK-BERUK NI MENEMPEK MUKA HODOH MEREKA KAT BLOG PROGOV...