Friday, December 6, 2013
BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA’ AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
1. BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA’ AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
2. DALIL BANGSA Ertinya: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan diantara kamu. Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah mereka yang paling bertaqwa disisi Allah Taala (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah sangat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)” (Al Hujurat – 13)
3. ASAL USUL BANGSA MELAYU Adapun Bangsa Melayu berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim as yang bernama Siti Qanturah. Dari pernikahan ini dikurniakan 6 anak - Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah . Dari keturunan inilah berkembang-biak Bani Jawi - Bani (Kaum/Kelompok) JiWi (Ji = satu ; Wi = Widhi atau Tuhan). Jadi makna Bani Jawi (JiWi) adalah kaum yang menyakini adanya satu Tuhan Ibnu Athir al-Jazari Kitab al-Kamil fi at-Tarikh
4. ASAL USUL BANGSA MELAYU Kebanyakan mereka berhijrah dan menetap di sebelah negeri di “atas angin” (al-Jawwu) iaitu negeri Asia Timur dan membentuk beberapa kerajaan yang besar seperti Kerajaan Melayu Champa dan Langkasuka. Apabila berlaku peperangan demi perperangan, ramai yang tinggal di kawasan tersebut berhijrah ke gugusan pulau-pulau di nusantara dan membentuk pula beberapa kerajaan dan negeri. Mengikut istilah Bahasa Sanskrit bahawa penghijrahan dari tanah besar ke kepulauan nusantara di sebut sebagai MELAYU Ibnu Athir al-Jazari Kitab al-Kamil fi at-Tarikh
5. ASAL USUL BANGSA MELAYU Kajian DNA oleh penyelidik UKM terhadap 86 lelaki Melayu telah membuktikan bahawa 27% variant Mediterranean terdapat dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah bermaksud bangsa Bani Israel Kajian DNA oleh penyelidik USM 2008 membuktikan bahawa Minangkabau (satu dari rumpun Melayu Pagar Ruyung) dan Kelantan (satu dari rumpun Melayu Fathani) adalah baka Melayu asli Kajian akeologi UKM selama 38 tahun (1972-2010) membuktikan bahawa rumpun Melayu adalah penduduk asal Malaysia sejak 40,000 tahun Sejarah keturunan Raja-raja Bugis yang ditulis oleh Habib Abdullah bin Abu Bakar al-Hadad mengesahkan bahawa nasab keturunan rumpun Melayu Bugis adalah hasil perkahwinan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis (Puteri Saba’)
6. TONGGAK KEMULIAAN BANGSA MELAYU BANGSA bahasa budaya sejarah AGAMA aqidah pendidikan NEGARA siasah pentadbiran
7. (1) BAHASA Bahasa Melayu adalah yang paling ringan (mudah) bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Kerana itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu. Syeikh Ahmad al-Fathani Kitab Tashil Nailil Amani
8. KUPASAN TS Khir Johari menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1965. Akibatnya kita tidak boleh membaca/menulis jawi dan tak boleh mengaji kitab ulama Melayu/al-Quran. Kesilapan telah pun dibuat, kini Kerajaan terpaksa membetulkan kembali keadaan melalui modul J-QAF. Manakala, Sekolah Arab dan Pondok menjadikan tulisan jawi sebagai medium tulisan rasmi mereka. Lawatilah http://www.ejawi.net/v3/ Golongan yang ingin menyama-tarafkan bahasa Melayu dengan lain-lain bahasa, contohnya papan-papan tanda nama jalan dalam 3 bahasa di Pulau Pinang. Bahasa Melayu kini berjaya menjadi pengantar rasmi dalam perkhidmatan awam, sekolah, mahkamah, istana, dewan rakyat, institusi pengajian tinggi dll. Matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi tertakluk kepada penguasaan bangsa ini dalam bidang ekonomi
9. (2) SEJARAH Ketahui olehmu bahawa Ilmu Tarikh itu daripada sebesar-besar segala kadarnya. Dan terlebih cemerlang dalam segala kelam, tercengang itu qamarnya. Ia memberi faedah akan yang mempunyainya akan cerdik dan tajam penilikkannya. Adapun ahli tanah Melayu kita, maka tiadalah mereka itu memperduli dengan sya’an tawarikh. Hingga jahilah mereka itu akan ahwal segala masa yang telah lalu atas negeri mereka daripada beberapa masa yang hampir. Bahkan tiada mengetahui mereka itu akan nama-nama nenek moyang mereka itu Syeikh Ahmad al-Fathani Kitab Hadiqatul Azhar
10. KUPASAN Mata pelajaran sejarah tidak menjadi subjek teras di zaman era PM Dr Mahathir. Akibatnya, generasi muda tidak kenal jati diri dan hilang semangat patriotisme kepada negara. Parti pembangkang ingin membuat tafsiran semula sejarah negara ini bagi menutup kesilapan silam dan asal-usul mereka. PM Abdulah Badawi pada tahun 2009 membuat keputusan untuk menjadikan subjek ini wajib lulus dan subjek teras di sekolah rendah/menengah menjelang 2011 Golongan yang mengumpul, menyusun dan mencantum nasab keturunan keluarga bagi memastikan anak-cucu kenal susur-galur dan menjalin hubungan silaturahim. Teromba nasab juga boleh digunakan sebagai rujukan sistem faraid, mengangkat pemimpin dan mengelakkan kecacatan baka keturunan. Kalau asal benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dilontar ke darat menjadi gunung, dilambung ke langit menjadi bintang
11. (3) BUDAYA Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut lunak, berperibadi baik. Sebahagian ciri-ciri khusus mereka itu, ialah bahawa tidak terlihat di negeri mereka dan lainnya peminta (pengemis) walau pun keadaan mereka sendiri sangat miskin….Fitrah bangsa Melayu sangat mematuhi kedua-dua orang tuanya. Sebahagian besar mereka dengan mudah mengikut perintah-perintah agama Islam Syeikh Ahmad al-Fathani Kitab Hadiqatul Azhar
12. KUPASAN Golongan bukan Melayu mengksploitasi sifat “baik hati” ini dengan menuntut pelbagai perkara. Kerajaan berjaya menangani tuntutan ini kerana mengamalkan 4 prinsip khalifah Islam, iaitu syura (kebertanggungjawaban bersama), keadilan (meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya), persamaan (kewajipan semua untuk melaksanakan) dan kebebasan (selagi tidak memudaratkan kepentingan lebih besar) Golongan elit profesional Melayu yang melihat jati diri orang Melayu sebagai suatu kelemahan dan lebih cenderung memakai nilai-nilai hidup liberal yang sekular. Contohnya Abdullah Munsyi (1796-1854) @ Abdullah Padre yang belajar kebebasan berfikir dari kumpulan mubaligh kristian dan menjadi penterjemah pertama kitab injil (Kajian Dr Abdullah Abd Rahman, USM)
14. (1) AQIDAH Beratus-ratus tahun bangsa Melayu seMalaya ini bermazhab (feqah) dengan al-Imam asy-Syafi`i ijma`an, u suluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari dan tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali. Sekarang sudah timbul mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia. Syeikh Abdullah Fahim Sedutan Wasiat Buat Melayu
15. KUPASAN Golongan Mujasimmah yang memberi sifat-sifat makhluk kepada Allah swt. Contoh:- Allah bersila, Allah samseng, Allah mencarut, Allah tertakluk pada masa dll Golongan Tauhid 3 Serangkai yang menolak Tauhid Sifat 20 atas hujah bidaah. Subjek Pendidikan Islam / Tasawur Islam di bawah KBSM (1989) turut berpegang kepada tauhid Uluhiyyah-Rubbubiyyah-Asma wa Sifat Golongan agamawan yang tidak memuliakan Rasullullah saw dan menisbahkan baginda sebagai manusia biasa. Contoh:- Nabi SAW orang kampung, Nabi SAW budak kelantan, maulid warisan kristian dll SILA RUJUK KAJIAN & BUKTI YANG TERDAPAT DALAM CD
16. KUPASAN Golongan yang tidak memuliakan nasab keturunan Rasullullah saw (ahlul bait). Contoh:- baka syed sebagai pemecah belah umat, golongan habib adalah syiah yang sesat, tawaf kubur dll Golongan yang menghukum sesat, jahiliyyah dan bidaah beberapa amalan yang telah pernah dipraktikkan para sahabat dan alim-ulama. Contoh:- tareqat, salawat, maulid, talqin, tahlil dll Golongan yang menolak taqlid 4 mazhab (fiqhul sunnah). Umat Islam dianjurkan untuk menggunakan akal fikiran untuk menafsir al-quran dan hadis secara terus atau mencari dalil yang lebih kuat untuk menentukan sesuatu hukum yang sesuai mengikut keperluan masa, tempat dan keadaan. SILA RUJUK KAJIAN & BUKTI YANG TERDAPAT DALAM CD
17. (2) PENDIDIKAN Adalah ilmu bahasa sangat besar manfaatnya. Kerana bahawasa, seseorang apabila ia mengetahui dengan beberapa lughat yang lain daripada lughat dirinya niscaya mudahlah baginya mua’amalah, mushahabah dengan sekalian bangsa itu, dan tiada memudah-mudah mereka itu dengan dia Bahasa Melayu adalah bahasa paling fasih diucapkan sesudah bahasa yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW, iaitu bahasa Arab ( Syeikh Ahmad al-Fathani - Kitab Hadiqatul Azhar) Tiadalah ilmu itu dikecualikan pada menuntut ilmu bahasa Inggeris saja, tetapi lebih dari itu, termasuklah ilmu bahasa Arab. Pelajarilah akan dia (Surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada anaknya Haji Wan Ismail) Mereka (bangsa Melayu) memiliki kehormatan yang baik, menguasai perbaikan pertukangan, menerima tentang modenisasi teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya ( Syeikh Ahmad al-Fathani - Kitab Hadiqatul Azhar)
20. (1) SIASAH Islam memandang kebangsaan sebagai alat dan bukan sebagai tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan boleh sebagai satu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu baginya tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan, tetapi hanya suatu alat atau tunggangan untuk menyampaikan ke akhirat Dr Burhanuddin al-Helmy Pengasas Parti Islam Se-Malaysia
21. (1) SIASAH Dan manakala kita lemah daripada mendirikan sesuatu daripada hukum syarak seperti rejam zani muhsan ( hukum hudud ), dan takut fitnah yang memudaratkan Muslimin yang kita tiada kuasa atas menolaknya, nescaya gugur daripada kita wajib mendirikan dia pada ketika itu. Dan wajib atas sekalian Muslimin bersungguh -sungguh mencarikan jalan dengan tadbir dan siasah; belajar dan mempelajarkan akan anak-anak kita akan segala wasilah bagi mendirikan hukum syarak daripada ilmu siasat dan ilmu syara’ hingga dapat mendirikan seperti barang yang iaitu zahir Syeikh Ahmad Fathani Kitab al-Fatwa al-Fathaniyah
22. KUPASAN Golongan yang berjuang melalui bangsa dianggap assabiyah dan dihukum takfir; contohnya - fatwa mati menentang golongan ini dianggap mati syahid, masuk syurga. Nabi SAW saw sendiri mengaku sebagai bangsa Quraisy. Malah alim-ulama seperti al-Mawardi, al-Farra’ dll meletakkan bangsa Quraisy sebagai syarat utama pelantikan seorang pemimpin Hukum hudud boleh ditangguhkan jika ia membawa mudharat yang lebih besar kepada masyarakat dan negara. Contoh:- hal-ehwal Islam di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi dengan jalan tadbir-siasah, Kerajaan Persekutuan masih dapat menyalurkan bantuan seperti gaji guru KAFA, kebajikan jemaah haji, kuat-kuasa halal-haram makanan, pembinaan masjid dll
23. (2) PENTADBIRAN Wajib atas sekalian mukallaf memelihara dirinya dan orang-orang yang di bawah perintahnya, pada kulliyat, iaitu : beberapa perkara yang dibangsakan pada sekalian hukum-hukum agama Allah yang terbit daripadanya – iaitu agama, diri, harta-benda, nasab, akal fikiran dan kehormatan. Bahawa untuk memelihara kesemuanya itu dengan memelihara watan. Bahawa tiap-tiap kebajikan adalah dengan pentadbiran yang baik pula Syeikh Ahmad al-Fathani Kitab Jumanah at-Tauhid
24. (2) PENTADBIRAN Sayogianyalah memperbaiki mu’amalat sesama kaum Muslimin pada segala pekerjaan agama dan dunia. Hendaklah semua urusan itu berpedoman dengan hukum syara’, mengikut apa-apa yang telah digariskan oleh Nabi Muhammad saw – “Pergaulilah semua manusia dengan sebaik-baiknya akan tetapi harus ingat, sangat-sangatlah utama menjauhi sesama manusia apabila akibat pergaulan itu membawa fitnah dan dicela oleh agama Islam” Syeikh Ahmad al-Fathani Kitab Jumanah at-Tauhid
25. (2) PENTADBIRAN Dunia ini tempat bercucuk tanam bagi bekalan akhirat. Dan tidak sempurna agama melainkan seiring dunia. Kekuasaan politik dan agama adalah pasangan berkembar. Agama itu tiang utama, sementara kekuasaan itu adalah penjagaannya. Sesuatu yang tiada tiang, maka ia akan runtuh dan sesuatu yang tiada penjaga akan musnah dan hilang. Imam al-Ghazali Kitab Ihya ‘Ulumiddin
26. KUPASAN Alim ulama’ dan ahlus suffah hendaklah diletakkan pemerintah sesuai pada tempatnya. Beberapa contoh semasa:- 13 Mei 1969 - PAS masuk BN kerana Dato’ Asri bin Muda akur dengan jumhur guru-guru pondok Kelantan 31 Ogos 1957 - Ditentukan oleh Syeikh Abdullah bin Fahim melalui ilmu firasat dan ilmu falak Tasauf sufiah adalah roh kepada perjuangan Islam - Dr Burhanuddin al-Helmy Matlamat politik ialah menegakkan agama. Kaedah-kaedah berpolitik mestilah bersandarkan prinsip-prinsip syarak. Tidaklah boleh kerana hendak menang dalam politik, maka kita menjadi taksub dan hilang pegangan agama dalam keghairahan meraih sokongan. Agama itu tiang agama, kuasa itu penjaganya. Agama yang dimaksudkan ialah Islam yang bersendikan mazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam bidang tauhid, feqah dan tasauf. Bukan agama Islam dari lain-lain fahaman dan aliran
27. RUMUSAN Ketuanan Melayu Adapun kerana FAKEH bangsa melayu ini akan tujuh (7) tonggak perkara serta muafakat ia dengan tauhid-fekah-tasauf Ahlu Sunnah Wal Jamaah, maka wajarlah ia menjadi KHALIFAH di bumi Malaysia ini. Oleh itu, Kerajaan Pemerintah hendaklah mencari ikhtiar siasah dan pentadbiran untuk memastikan orang melayu semakin ramai yang menjadi fakeh Kesatuan al- Malayuwiyah Bangsa Melayu hendaklah bersatu untuk mempertahan, menerus dan menurunkan SAKA ini kepada anak-anak kita. Kita lentur anak-anak dengan tangan, lisan dan doa. Oleh itu, Kerajaan Pemerintah hendaklah mencari ikhtiar siasah dan pentadbiran untuk memastikan orang melayu sentiasa bermuafakat agar mudah dibangunkan bakat mereka
28. AMALAN BUAT PEJUANG Ratib al-Haddad mengambil nama sempena nama penyusunnya, Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad, mujaddid terkenal yang menghasilkan amalan ini pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijrah (bersamaan 26 Mei 1661 ) Amalan Ratib al-Haddad ini diijazahkan kepada tuan-puan sekalian selaku ketua keluarga dan pemimpin masyarakat agar sentiasa ditolong Allah swt untuk menjadikan anak-anak kita sebagai seorang Fakeh Khalifah yang dapat mempertahankan Saka warisan nenek-moyang kita
29. DOA BUAT PEJUANG Benarlah kata alim ulama bahawa “Cinta Kepada Bangsa, Agama dan Negara Itu Sebahagian Daripada Iman”. Kepada pejuang Bangsa, Agama dan Negara, bersama-samalah kita ambil barakah dari doa Syeikh Ahmad al-Fathani ini (walaupun ada sesetengah dari kita tidak bersyukur menjadi bangsa ini):- Ya Allah, menaruh mereka itu akan cemburu pada segala hati mereka itu, dan membesarkan hemah mereka itu, dan menghadapkan inayah dan menyungguh-nyungguh usaha mereka itu pada bahawa dijadikan segala negeri al-Malayuwiyah ini bendaharaan ilmu, dan perladungan kepandaian dan membukakan segala mata anak jenis mereka itu kepada memandang cemerlang kebijakan dan handalan supaya ada kelihatan kemegahan bangsa Melayu antara segala alam, tertinggi nama mereka itu antara Bani Adam, bertambah-tambah kelebihan ulama mereka itu atas segala ulama, dan bertambah nyata agama mereka itu atas segala agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment