Wednesday, April 2, 2014

PM Australia pertahan kenyataan Najib MH370 berakhir di Lautan Hindi

Abbott yang dipetik agensi berita AFP berkata, beliau bagaimanapun bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh Najib. "Daripada bukti yang dikumpul ia menjurus kepada kesimpulan yang pesawat (MH370) hilang di Lautan Hindi,” katanya kepada wartawan di pangkalan tentera Australia di Perth. “Banyak bukti yang diterima dan saya berpendapat Najib berhak kepada pandangannya yang membuat kesimpulan itu, adalah haknya untuk memaklumkan perkara itu kepada orang ramai,” katanya. Australia ketika ini sedang mengkoordinasi operasi pencarian pelbagai negara Boeing 777 itu yang membabitkan 100 petugas dan lebih 1,000 anak kapal, di kawasan pencarian di barat Perth. “Ini adalah tugas sukar. Kita sedang mencari di kawasan laut yang luas. Ini dilakukan dengan maklumat yang terhad. "Namun, minda terbaik dunia sedang melaksanakan tugas ini, semua kecanggihan teknologi diguna dan dibawa ke sana (kawasan pencarian). Sekiranya misteri boleh dirungkai, kita akan lakukan. Saya bagaimanapun enggan memandang rendah betapa sukarnya tugas ini,” kata Abbott. Abbott berkata, beliau enggan memberikan had masa untuk pencarian itu. “Kita akan teruskan pencarian. Meningkatkan usaha dan bukan mengurangkannya. “Kita terhutang (penjelasan) kepada ahli keluarga, mereka yang menggunakan pesawat, kepada kerajaan di mana warga mereka berada di dalam pesawat (MH370), kita terhutang kepada dunia yang mahukan penjelasan kepada misteri yang menyelubungi selama tiga minggu. “Kita terhutang kepada semua untuk melakukan apa yang terdaya,” katanya. - 31 Mac, 2014.

No comments: