Wednesday, April 2, 2014
Kerajaan DAP P. Pinang setuju naik tarif air
2 APRIL. LGE menghentam kerajaan kononnya menaikkan tarik elektrik, harga barangan dan sebagainya hingga menyusahkan rakyat,
kerajaan DAP Pulau Pinang pada Rabu bersetuju cadangan menaikkan kadar tarif air di negeri itu.
Persetujuan itu diputuskan dalam Mesyuarat EXCO kerajaan negeri hari ini selepas mendapat permintaan daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberikan alasan ia adalah langkah terakhir bagi menangani masalah penggunaan air di negeri berkenaan yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia.
Guan Eng yang juga Pengerusi PBAPP berkata, langkah pendidikan dan surcaj penjimatan air yang dikenakan sebagai hukuman ke atas pengguna sebelum ini gagal membendung sikap pembaziran air di negeri yang ditadbir beliau.
Mengenai kemungkinan catuan air akan dilaksanakan di Pulau Pinang empat hari lalu, Guan Eng menyatakan mesyuarat EXCO pada hari ini memutuskan ia tidak akan dilaksanakan dalam bulan April ini.
Sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang akan terlebih dahulu melaksanakan pelan kontigensi, kata Guan Eng pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO pada Rabu.
“Sekiranya April masih satu bulan yang kering kerajaan dan PBAPP akan melaksanakan pelan kontigensi untuk mengelak catuan air dengan menaiktaraf usaha yang sedia ada.
“Pertama kerajaan negeri akan meminta Kerajaan Persekutuan melaksanakan pembenihan awan.
“Kedua kita akan maklumkan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk lepaskan air dari Empangan Beris di Kedah kerana KeTTHA telah memberi jaminan kos pembayarannya kepada kerajaan negeri Kedah akan ditanggung oleh Kerajaan Pusat,” kata Guan Eng.
Menurutnya, jaminan itu diberikan oleh KeTTHA secara bertulis kerana Empangan Mengkuang kini sedang menjalani projek pembesaran bagi menningkatkan kapasiti takungan serta kemampuan bekalannya.
“Projek berkenaan adalah projek Kerajaan Persekutuan yang mengakibatkan kapasiti takungan air di Empangan Mengkuang sekarang hanya di tahap 40 peratus,” Guan Eng menjelaskan.
Kedua-dua langkah kontigensi berkenaan jelas memperlihatkan untuk menjimatkan wang kerajaan negeri Pulau Pinang dengan cara memindahkan bebanan kos kepada kerajaan Persekutuan yang akhirnya akan dilabelkan kononnya boros berbelanja.-bnbbc.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment