Saturday, February 22, 2014
“low class”
Politikus DAP gemar menggelar orang lain “low class”. Saya tak pasti bagaimana DAP menakrif istilah “high class”. Mungkin ikut ukuran berduit, kot?
Misalnya projek prasarana bernilai RM8 bilion di Pulau Pinang untuk orang berkereta adalah projek “high class” sementara projek pengangkutan awam bagi orang yang menaiki bas adalah projek “low class”.
Dalam pada itu, projek membina rumah kos rendah adalah low class juga dan atas sebab itulah kerajaan negeri Pulau Pinang tak pernah menampakkan minat untuk melaksanakannya.
Dilantik CEO, jawatan “high class”. (Juga kroni-kepada-kroni DAP dilantik kaunsilor.) Beribu-ribu orang PAS yang turun padang untuk menjayakan protes jalanan “kelas” apa agaknya pada pandangan DAP? Kalau mereka yang melaungkan ‘takbir’ di bawah terik matahari di jalanraya itu bukan Chinese “middle class” maka … pandai-pandai fikir lah.
Selepas mengecapi kuasa dan bertekad mengekalkan jawatan-jawatan tinggi mereka (di Selangor – negara paling kaya dengan mempunyai belanjawan tahunan RM1.6 bilion – dan di Pulau Pinang syurga pemaju hartanah), pastilah munafik-munafik DAP sanggup bertopeng asalkan dapat memikat undi masyarakat Melayu.
Itulah DAP. Ahli-ahlinya bukan bodoh dan tahu bah parti mereka sekadar bersandiwara. Namun para ahli meredhai kerenah politikus mengADU (Asal Dapat Undi).
Bagaimana pula ahli PAS? Redha juga?
“Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad told a forum his Islamist party was “finding the Malay vote a big challenge”, saying this could lead to a weak PR federal government if Malay MPs are in the minority in the pre-dominantly Malay country.” — ‘Umno tactics scaring Malay votes from Pakatan, says PAS research chief‘ (‘The Malaysian Insider’, 16 March 2012)
Bagaimana kita hendak mentafsir kenyataan yang dibuat Dr Dzulkefly Ahmad, pengarah eksekutif biro penyelidikan PAS merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor bahawa “undi Melayu sekarang menjadi cabaran” kepada partinya?
Betulkah ahli-ahli PAS sudah kecewa dengan parti mereka yang mula terpesong?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment