Saturday, February 22, 2014
Bagaimana pesakit melecur dirawat?
Melecur Ringan
Lakukan:
Sejukkan dan cuci kawasan terlibat dengan aliran air bagi mengurangkan kesakitan, mencegah jangkitan dan juga mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.
Bawa pesakit ke hospital atau klinik yang berdekatan untuk rawatan lanjut.
Berikan ubat tahan sakit/analgesik.
Sapu krim antibiotik (bagi mengelakkan jangkitan awal).
Kekalkan kebersihan pada bahagian yang terlibat bagi mengelakkan jangkitan serta mempercepatkan penyembuhan.
Elakkan:
Menutup kawasan melecur dengan kain yang kotor.
Menyapu krim pada bahagian yang melecur tanpa merujuk kepada doktor ataupun petugas kesihatan bertauliah lain.
Kesimpulannya, jika melecur terus cuci di bawah aliran air. Lap kering dan terus jumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment