Sunday, November 30, 2014

TRANSFORMASI...& MEREMAJAKAN UMNO!!!

Perubahan terhadap parti itu bukan lagi satu pilihan tetapi sudah menjadi satu keperluan yang tidak boleh dipandang ringan. Sehubungan itu katanya, UMNO perlu berani membuat perubahan jika parti keramat orang Melayu itu mahu terus kekal relevan terutama di kalangan generasi muda hari ini. “UMNO tiada pilihan, kalau ingin menjadi parti relevan, parti yang teras pada pemerintahan, UMNO mesti merupakan parti berani buat perubahan, menerajui pembaharuan, berada di saf hadapan untuk menunjukkan hala tuju baru bagi negara kita secara keseluruhan.

No comments: