Wednesday, September 19, 2012

Yang Bersalah Sahaja Takut Dengan Akta 114

 Akta 114 yang diluluskan ini bukanlah merupakan kelulusan Kabinet ataupun UMNO ataupun BN sepertimana yang dimainkan oleh pembangkang. Akta 114 ini telah diluluskan didalam Parlimen setelah 4 jam perdebatan berlaku yang mana Dato Seri Nazri Aziz mengambil peranan dalam hal ini. Jadi mengapa hendak ditentang satu akta yang mana telah diluluskan oleh Parlimen sendiri yang mana pemimpin pembangkang, bebas dan BN sendiri ada didalam Parlimen?
                                  Kedaulatan negara cuba dijahanamkan 

Seksyen 114A sepatutnya dilihat sebagai pedang dan perisai. Bagi sesiapa yang mempunyai niat tidak baik, kita gunakan Seksyen 114A sebagai pedang dan kepada yang tidak bersalah, ia bertindak sebagai perisai," 

Seksyen 114A adalah salah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang digazet Julai lalu dan mendapat pelbagai reaksi para pengguna internet.

hanya golongan yang cenderung menyalahgunakan teknologi maklumat (IT) dan internet perlu takut kepada pindaan akta berkenaan. 

para pengkritik dan penentang pindaan tersebut perlu bertanya kepada diri sendiri mengapa mereka bertindak sedemikian kerana akta berkenaan tidak bermaksud seseorang yang didakwa telah didapati bersalah sejak daripada awal.
                                             "Kita tidak perlu takut jika tidak bersalah,
                                           Ini merupakan tanggungjawap kita sebagai rakyat
                                                               Malaysia yang berakal"
 
 Akta 114 ini tidak menghalang kebebasan bersuara yang ada malah ianya telah menjadikan kebebasan bersuara itu lebih terbuka namun dengan syarat ianya tidak menyalahi undang undang yang termaktub iaitu FITNAH, PENIPUAN dan lain lain sepertimana yang digunakan oleh mana mana pihak sebelum ini.
 
 MENYOKONG 100% akta 114 ini bagi memberikan lebih banyak ketelusan buat rakyat Malaysia. Yang menentang akta 114 ini adalah mereka yang takut dengan kesalahan yang mereka sendiri lakukan dan yang bakal mereka lakukan.
 
 Akta 114 ini juga akan membuatkan rakyat lebih rasional, bijak dan matang dalam meluahkan sesuatu isu. Dan ini merupakan satu elemen yang terbaik dalam keadaan negara kita yang semakin hari semakin maju kehadapan.

Jika perbuatan tersebut tidak kita lakukan maka adalah hak kita untuk mempertahankan diri jika didakwa. Jadi inilah peluang untuk kita dalam membuktikan kita tidak bersalah jika benar kita tidak melakukannya. Jadi kenapa perlu takut jika kita tidak bersalah?

No comments: