Thursday, December 18, 2008

Satu Aliran

Bila sebut sahaja satu aliran Bahasa dalam sekolah untuk memartabatkan bahawa rasmi negara ini, suara yang mendesak Mukhriz di ambil tindakan undang-undang kerana menghasut timbul. DAP – parti pejuang cauvinis Cina dengan slogan Malaysia Malaysian dan Bangsa Malaysia kononnya mendesak agar Mukhriz diambil tindakan atas Akta Hasutan. Kenapa melenting? Bila menceritakan mengenai perlucutan Hak Keistimewaan Melayu – untuk keadilan dan kesamarataan – hebat – kononnya mahukan bangsa Malaysia. Kenapa tidak dimartabatkan satu bahasa – Bahasa Melayu sebagai bahasa yang boleh digunakan untuk semua Bangsa Malaysia. Kenapa perjuangan bahasa mereka mahu jadi rasis dan bila Melayu mahu berusaha memartabatkan bangsa Melayu – dikatakan perjuangan rasis.

Apa kah bentuk asimilasi dan integrasi yang dimahukan untuk perjuangan bangsa Malaysia, yang sibuk dilaungkan oleh mereka. Sebenarnya Melayu tidak perlu malah kena bertindak agresif menentang parti DAP – Parti cauvinis Cina yang mempunyai agenda nakal semata-mata untuk menghentam keharmonian perpaduan antara kaum dengan menimbulkan tuntutan Cina. Mereka sentiasa menghentam organisasi Melayu – khususnya politik Melayu dalam mana mengaku bahawa mereka tidak rasis.

Parti ini sebenarnya telah dan akan banyak membawa kebinasaan dalam perhubungan kaum dengan persoalan isu-isu sensitif agama dan bangsa. Kenapa ini dibiarkan oleh orang Melayu. Apakah perjuangan mereka tidak menunjukkan perjuangan bangsa dengan usaha untuk mengikis ketuanan dan hak orang Melayu. Tapi kita masih mengamalkan toleransi yang tinggi, takut Cina tidak undi BN. Namun hakikatnya – DAP telah membakar isu-isu perkauman untuk mereka menjadi juara kepada kaum Cina sementara kerajaan membiarkan atas alasan mahu menjaga sensitiviti Cina sedang DAP tidak tahu apa makna sensitiviti terhadap Melayu.

Hari ini DAP – dengan suara lantang menghentam hak Melayu di dokong oleh Melayu dalam PAS dan PKR. Adakah tidak nampak – DAP bukan mahu memperjuangkan semua bangsa – tetapi hanya mahu kemenangan pada bangsa mereka sendiri. Melayu harus mula meragui Dap dan harus mula berpaling pada mana-mana organisasi yang melekat dengan DAP kerana nyata Dap hadir untuk perjuangan kaum dan adalah parti yang amat rasis berbanding dengan yang lain.

Monday, December 15, 2008

iDANCE PULAU PINANG


PDF Print E-mail

Jumaat, 12 DISEMBER 2008, MASJID PTG JANGGUS

PENDAHULUAN

Kami, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP) sekali lagi mendesak pihak berwajib dan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) agar menimbang semula cadangan untuk menjalankan kempen street dance dalam kalangan belia di negeri ini.
Kami melihat pemilihan aktiviti iDANCE oleh pihak berwajib demi menggalakkan sesuatu aktiviti riadah yang sihat, membina belia contoh dan mengisi masa lapang serta menangani gejala negatif seperti lepak, vandalisme, masalah mat rempit, penyalahgunaan alkohol dan dadah merupakan sesuatu tindakan yang tidak praktikal dan tidak tepat.Di sini, kami ingin menimbulkan beberapa persoalan berhubung hasrat melaksanakan kempen ini.Pertama, adakah kempen iDANCE ini adalah alternatif terbaik dalam konteks Malaysia; sedangkan kita mempunyai seribu satu warisan kebudayaan yang jauh lebih tertib, sopan dan menjunjung budaya kebangsaan nasional?Kedua, adakah pihak berwajib mempunyai apa-apa rekod keberjayaan aktiviti seumpama ini sebagai pillot-test sebelum dilaksanakan di negeri kita ini; walhal kebejatan sosial dalam kalangan remaja acap kali dikaitkan dengan budaya popular dan hiburan?Ketiga, mampukah iDANCE ini membantu pada perkembangan minda intelek kumpulan sasaran (iaitu remaja dan pelajar) kerana core-business remaja dan pelajar adalah mengejar pencapaian ilmu/akademik?Keempat, sejauhmanakah pihak berwajib boleh memberi jaminan bahawa modus operandi dan pelaksanaan iDANCE dalam kalangan remaja Islam ini mengikut prosidur syara’ – (1)tidak melalaikan; (2)jauh dari perkara haram dan masiat; (3)tidak bercampur antara lelaki dan perempuan; (4)tidak mengabaikan perkara-perkara kewajipan (menurut Islam) seperti solat fardhu dll?

PENUTUPBerdasarkan pada pertimbangan-pertimbangan dan persoalan-persoalan di atas, DPP Pulau Pinang sekali lagi mendesak pihak berwajib menimbang semula cadangan Kempen iDANCE tersebut seterusnya membatalkan hasrat tersebut dengan serta-merta.Semoga pendirian ini dapat meletakkan kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat (PR) sangat unik dan prihatin dalam membina jatidiri generasi remaja kita; tidak bersikap seperti UMNO dan Barisan Nasional yang sangat gemar menganjurkan budaya popular, hiburan dan hidonisme dalam kalangan remaja sehingga mengakibatkan golongan pewaris kepemimpinan negara hilang identiti dan jatidiri bangsa Malaysia

.
Disediakan oleh,DEWAN PEMUDA PAS (DPP)PULAU PINANG

Komen : Sama sama lah kita tengok Guan Eng Nak hormati kita dan pandangan kita tak...
Seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Teoh Seang Hooi telah mencadangkan supaya semua papan tanda di jalan-jalan utama di negeri ini menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa Melayu. Perubahan itu perlu dibuat bagi memberi kemudahan kepada para pelancong khususnya dari China yang ramai berkunjung ke negeri ini. Di samping itu, mempermudahkan penduduk di kawasan-kawasan yang kebanyakannya dihuni oleh masyarakat Cina terutamanya di Bukit Mertajam. Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus yang mempengerusikan mesyuarat itu kemudiannya menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda adalah selaras dengan peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan. Atas desakan ahli MPSP, YDP MPSP akan membawa cadangan tersebut kepada kerajaan negeri.

Cadangan menggunakan bahasa Mandarin di papan tanda di jalan utama di Pulau Pinang akan menguji keikhlasan dan keprihatinan kerajaan negeri terutama kepada pengundi-pengundinya. Kenapa cadangan itu tidak dilayan sedangkan semua parti Pakatan Rakyat sentiasa menggunakan ketiga-tiga bahasa (bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil) terutama di kain-kain rentang baik untuk kempen politik mahu pun untuk tujuan lain. Kerana itulah antara sebabnya pengundi-pengundi semua kaum tertarik dengan Pakatan Rakyat termasuklah parti PAS menggunakan bahasa ibunda Cina dan juga Tamil di kain-kain rentangnya. Selari dengan manifesto parti PAS iaitu "PAS untuk semua". Apakah setelah 50 tahun merdeka, masih terdapat anak Malaysia yang tidak boleh membaca bahasa Malaysia? Masih ada lagikah pelajar-pelajar dari SJKC dan SJKT tidak dapat menguasai bahasa Malaysia semasa persekolahan selama 6 tahun di sekolah rendah? Apakah pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat melihat bahawa peranan bahasa Malaysia sebenarnya tidak berkesan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum? Oleh itu perlu wujud pelbagai bahasa di papan tanda utama dan mungkin suatu masa nanti syarat menggunakan bahasa Malaysia di papan-papan iklan pula wajar disemak semula dan mungkin dimansuhkan? Kemungkinan besar kerajaan Pakatan Rakyat akan akur dengan cadangan itu bagi melambangkan konsep Malaysian Malaysia yang diamalkan oleh parti DAP.

Tahniahlah pada orang melayu yang mengundi PR. Itulah sikap orang melayu, mudah menggadai maruah bangsa dan tanahair.

Adalah amat malang jika sekiranya ianya tidak dibantah. harus diingat, bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah melayu. Mahukah kita menjadi seperti Singapura? Tahukah hampa bahawasanya bahasa kebangsaan Singapura ialah bahasa melayu? Tapi, apa sudah jadi?

Kenyataan P Ramasamy Boleh Cetus Huru Hara

PULAU PINANG 14 Nov. - Kenyataan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy yang menyalahkan rejim pemerintahan lama dan dasar UMNO sebagai punca wujudnya ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam di negeri itu mampu mencetuskan perbalahan antara kaum di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Abdullah berkata, tuduhan liar yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu secara terang-terangan merupakan pandangan yang membuta- tuli dan berbaur politik.

''Kenyataan Ramasamy itu memang bertujuan untuk memecahbelahkan kaum dengan mengaitkan isu tersebut serta menuduh UMNO sebagai puncanya.

''Ini memang satu perbuatan dan tujuan yang sangat keji. Ini semua mainan politik yang mahu memporak-perandakan masyarakat majmuk di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kelmarin, P. Ramasamy berkata, kerajaan campuran negeri mahu memastikan pelantikan kakitangan awam di negeri tersebut seimbang bagi setiap kaum dan bukan didominasi oleh kaum tertentu sahaja.

Namun, beliau menuduh UMNO yang menjadi penyebab berlakunya ketidakseimbangan dalam pengambilan kakitangan. Kenyataannya itu mencetuskan rasa tidak puas hati daripada wakil-wakil pembangkang Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Abdul Rashid yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri negeri itu berkata, kerajaan pakatan pembangkang itu sepatutnya menyelidik dan mengkaji sedalam-dalamnya dahulu mengenai situasi itu sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap UMNO.

''Ramasamy yang bersuara mewakili kerajaan campuran negeri itu mungkin dangkal dan kurang mengerti mengenai proses pemilihan kakitangan sektor awam kerana ia diuruskan di bawah pentadbiran awam dan bukannya mana-mana parti politik.

''Beliau sepatutnya lebih cekap dan memahami konsep itu. Jangan main cakap lepas sahaja," tegasnya.

Sumber: Utusan Malaysia 15 November 2008.

Komen:
Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy tidak sebodoh itu. Dia seorang profesor, cendiakawan atau cerdik pandai. Dia tahu kenapa orang Melayu lebih ramai dalam pentadbiran awam. Dia tahu kenapa orang Cina dan India tak berminat bekerja dalam pentadbiran awam. Dia juga tahu bahawa kaum Cina dan India tidak berminat menceburkan diri dalam pasukan keselamatan. Jika ada, kaum Cina dan India mahu jawatan berpangkat. Tidak hairanlah kenapa Prof. P.Ramasamy melemparkan tuduhan kepada UMNO yang menyebabkan tidak seimbangnya antara kaum dalam pentadbiran kerajaan negeri. Dia tak menyalahi Gerakan, MCA atau MIC tapi UMNO juga dipersalahkan. Sudah menjadi suatu strategi parti pembangkang termasuklah PAS sendiri meskipun parti Islam juga sering menyalahi UMNO biarpun UMNO berjuang untuk bangsa Melayu dan Islam. Parti pembangkang mahu menghancurkan UMNO kerana mereka tahu kekuatan BN sangat bergantung kepada kekuatan UMNO. Jika mereka nak kalahkan BN mesti kalahkan UMNO. Jika dapat kalahkan UMNO, Melayu akan hancur dan Islam mundur. Mereka tahu PAS tak sehebat mana. Sejak PAS bersama dalam Pakatan Rakyat, PAS banyak berdiam meskipun isu-isu ada kaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam. Mana suara PAS dalam isu tanda nama jalan di Pulau Pinang? Apakah pendirian PAS bila kakitangan kerajaan negeri akan diseimbangkan antara kaum? PAS sepatutnya mendesak agar PR juga memperjuangkan dasar sama rata untuk anak-anak Islam (jika tak mahu sebut anak Melayu)dalam sektor swasta? Apakah PAS bersikap tunggu dan lihat. Jika UMNO juga yang menyatakan bantahan, maka UMNO yang dikecam dan dianggap parti berbaur perkauman. Ahli parlimen PKR, YB Zulkifli Nordin perlu diberi pujian dalam hal ini. Beliau benar-benar berpolitik untuk Islam. Dia tidak menggunakan Islam untuk berpolitik seperti segelintir pemimpin besar PAS.

Kenapa Perlu tolak DAP

DAP telah mempertikaikan Malaysia sebagai negara Islam. Karpal Singh (Pengerusi DAP) pada 23 April 2008 pernah mendesak PAS tarik balik matlamat menubuhkan negara Islam jika mahu terus berada dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin PAS berdiam diri tidak kata apa apa pun ketika itu. Inilah padahnya bila terlalu sangat melayan karenah DAP ini. Esok lusa entah apa lagi yang mahu diminta.
Pada 5 Mei 2008, Karpal buat hal lagi, kali ini menghina Sultan Melayu. Nizar Jamaluddin masih lagi diam tidak mahu komen apa-apa. Hanya Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas) yang masih lagi sayangkan UMNO memperingatkan Pakatan Rakyat bahawa kemenangan pembangkang pada pilihan raya lepas bukannya kerana orang mahukan pembangkang tetapi kerana waktu itu banyak isu yang berlaku.
Sedar atau tidak, dalam Parlimen Malaysia yang menjadi Ketua Pembangkangnya ialah Wan Azizah, tetapi siapakah orangnya yang paling banyak buat kecoh dalam Parlimen? Bukankah orang itu ialah Karpal dan Lim Kit Siang? Nampak benar dalam Pakatan Rakyat sendiri, Wan Azizah tidak dihormati oleh DAP. Samalah dengan apa yang berlaku ke atas PAS di Perak.

Dulu Selangor dapat bonus kini perak pula

Dulu Selangor, Kini Perak rasa bonus Pakatan Rakyat PDF Print E-mail

downloadSeketika dahulu, rakyat Selangor telah mendapat bonus hasil dari undi yang di berikan kepada Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri itu. Seperti yang kita semua sedia maklum, bonus yang dimaksudkan bukanlah berupa wang ringgit seperti yang diberikan oleh kerajaan persekutuan. Bonus yang dimaksudkan ialah kandang babi yang terbesar di dalam sejarah kewujudan negara.

Terbaru, kerajaan Perak pula mengambil pendekatan yang hampir serupa dengan memberikan bonus kepada pengundi yang telah memberi mandat kepada mereka. Iaitu dengan menganugerahkan tanah seluar 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina.

download2Penulis bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Datuk Dr. Dzulkarnain Abdul Rahman ketika mengulas isu ini. Ini kerana menurut beliau pemberian tanah itu kepada sekolah persendirian cina itu kerana kerajaan Perak pimpinan PR tidak memahami sistem pelajaran kebangsaan yang ingin memperkasa sekolah kebangsaan bagi mewujudkan bangsa Malaysia berpadu.

Pihak Pas, sekutu Pakatan Rakyat tidak menyedari apabila mereka rancangkan sesuatu itu sudah bercanggah dengan konsep Islam yang mereka jaja ke sana sini.

download4Kini mereka pula yang mewujudkan asyabiah pendidikan negara. Baliklah ke pangkal jalan, perjuangkan Islam sebagaimana diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w bukan sekadar bermain politik ingin berkuasa sahaja.

Cara yang diterapkan ini adalah usaha penjajah baru yang berusaha untuk memecahbelahkan rakyat dan kemudian dapat memerintah. Hakikat ini harus disedari oleh semua rakyat yang cintakan negara ini.

Oleh itu, sokongan kepada pihak berkenaan adalah usaha sokong membawa rebah kepada bangsa, agama dan negara.

Usaha Kerajaan Perak ini juga akan melebarkan sikap perkauman dan bertentangan dengan dasar ekonomi baru yang dirancangkan iaitu merapat ekonomi, pendidikan, sosial antara kaum.

Ingatlah Islam dan Melayu telah dijajah lebih 400 tahun sejak Melaka ditawan Portugis pada tahun 1511 manakala pemulihan kedudukan Melayu/bumiputera telah dilaksana menerusi dasar yang jelas mulai tahun 1971 tetapi kini usaha Pakatan Rakyat pula menghapuskan dasar itu kembali ke dasar penjajahan.

Inilah yang boleh dikaitkan dengan nasib golongan majoriti Melayu yang mula dipinggirkan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak.Masa dijajah dahulu kita merempat; kekayaan dibolot oleh penjajah dan konco-konconya. Kini, inginkah kita balik ke zaman penjajahan British dahulu yang ketika itu hanya makan pagi kais pagi, makan petang kais petang; dan sekolah hanya sekolah atap.

Rakyat Melayu di negeri Perak sepatutnya mula sedar akan kesilapan yang dilakukan apabila menyerahkan kerajaan negeri kepada mereka yang pernah bergelar pembangkang ini. Setelah berkurun lama pemimpin terdahulu cuba menentang penjajah kerana cuba menafikan hak ketuanan orang Melayu.

Ternyata semangat perjuangan Dato Maharajela suatu ketika dahulu gagal diserap dan difahami oleh generasi muda di negeri Perak. Natijahnya tanah kerajaan telah diberikan kepada sekolah persendirian cina.

Di petik dari : Warisan Bonda

Rakyat Rasa Ditipu Manifesto Pakatan Rakyat

Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu berikutan kegagalan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya pada 8 Mac lalu.

Mohd. Shaid Rosli, 25, dari Simpang Tiga, Ijok, berkata, pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus adalah bertentangan dengan konsep negara berkebajikan yang diuar-uarkan oleh PKR dan Pas dalam manifesto tersebut.

Beliau yang masih menganggur memberitahu, kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji setelah berjaya memerintah merupakan satu bentuk penipuan secara bertulis dan menjadi kesalahan jenayah.

"Janji-janji Menteri Besar Selangor yang ketika itu merupakan calon wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok semasa berkempen merupakan suatu tindakan memperdaya rakyat seperti saya supaya mengundi pakatan pembangkang .

"Saya rasa dipermain-mainkan dan ditipu bulat-bulat kerana apa yang dijanjikan tidak ditunai setelah rakyat beri kepercayaan kepada mereka untuk memerintah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 7 di sini hari ini.

Kelmarin, Abdul Khalid mengumumkan untuk tidak menurunkan cukai taksiran berikutan keadaan ekonomi negeri ketika ini masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Beliau bimbang langkah menurunkan cukai taksiran akan menambah beban kerajaan negeri dan mengurangkan hasil.

Penurunan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus merupakan antara tawaran yang dibuat oleh PKR dan Pas dalam manifesto pilihan raya umum baru-baru ini bagi mengurangkan beban dan membantu ekonomi rakyat.

Tawaran-tawaran lain ialah cuti bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan pra persekolahan dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Menurut Mohd. Shaid, beliau membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara yang sama berulang pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, parti-parti politik seharusnya bertanggungjawab dengan apa yang telah dijanjikan semasa berkempen dan bukan bertindak sesuka hati setelah memenangi pilihan raya.

Katanya, beliau juga bersedia untuk membawa perkara itu ke mahkamah jika ada pihak yang mahu membiayai kos guaman.

Komen:

Jangan ingat rakyat akan berdiam diri. Ini merupakan satu contoh mudah bagaimana tersinggungnya rakyat terhadap janji yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Ini baru seorang yang tampil membuat laporan mengenai keburukan kerajaan campuran.

Manusia memegang kepada janji jadi sekarang bila janji bertukar menjadi sebaliknya maka jelas dapat dilihat rakyat bagaimana lemahnya pentadbiran kerajaan campuran yang hanya sekadar mengambil kesempatan untuk membantu rakyat tetapi sebaliknya mereka langsung tidak berkehendak untuk menunaikannya. Ini dilihat sekadar wayang dan janji boneka semata-mata.