Monday, August 1, 2011

DAP SEMAKIN AGRESIF – HASUT PELAJAR DI LUAR NEGARA

Akhbar China Press keluaran 31 Mei 2011 melaporkan bahawa delegasi DAP telah melakukan lawatan dan menemui alumni pelajar-pelajar Malaysia di tiga buah Universiti di Taiwan. Perjumpaan berlangsung di Universiti Perguruan Taiwan (Shi Da), Universiti Selatan Taiwan (Nan Da) dan Universiti Pengangkutan Xinzhu (Jiao Da).


DAP kini semakin rakus dan mula keluar negara mempengaruhi pelajar Malaysia. Usaha DAP ini yang sememangnya mempunyai niat dan maksud tersirat untuk menguasai kerajaan tanpa perlu bergantung pada PKR dan PAS, masih tidak di sedari oleh PKR dan PAS yang selama ini merasakan mereka bijaksana tetapi sebaliknya adalah menjadi kuda tunggangan DAP.

PAS terutamanya yang telah mengadai maruah dan prinsipnya sehingga menggugurkan matlamat perjuangan `Negara Islam' dan di gantikan dengan Negara Kebajikan kononnya nak ambil hati sekutu baiknya DAP , sebenarnya dalam senyap sekutunya sedang mengatur muslihat untuk menguasai kerajaan sendirian dan pada mereka PKR dan PAS hanya pak turut yang perlu di singkirkan dan alat untuk melonjak naik sahaja.

PAS dan PKR bukalah mata anda......dan renung serta fahamilah perkembangan ini dan perlulah mengambil langkah mufarakah bagi menghadapi hasrat DAP ini. Jangan jadi seperti Pak Kadok........menang sorak kampong tergadai........kesian....kesian.

BONUS KERAJAAN PAS KEPADA RAKYAT KEDAH

Slogan `Kedah Sejahtera' dan `Membangun Bersama PAS' serta `PAS 4 All' yang merupakan tag line psywar PAS dan Pakatan Rakyat di Kedah benar-benar telah di buktikan dengan memberikan bonus istimewa sebagai menunaikan janji keramat semasa merebut kuasa dari BN semasa pilihanraya umum lalu.
Hari ini rakyat Kedah begitu `berbangga dan tersenyum lebar' dengan segala nikmat yang telah dianugerahkan oleh PAS kepada mereka sebagai membalas jasa kerana memilih mereka untuk menguasai negeri Kedah.


Pergilah kemana-mana hari ini di Kedah.........dari Changlun........Kg. Hutan Setali, Tunjang.......Kuala Kedah.........Sg. Daun.........Jeneri.........Begia..........Siong..........Naga Lilit hinggakan ke Selama.........rakyat Kedah sedang berendam air mata dan berduka lara akibat hebatnya perancangan dan pentadbiran PAS Kedah.

Kemana perginya `Kedah Sejahtera' jika sampah-saraf kian menimbun di hurung lalat dan langau............wakil rakyat tak pernah nampak hidung.......apatah lagi membantu dan menyelesaikan masalah rakyat.......mereka hanya menyibuk apabila ada keramaian dan `ceremoni' sahaja............bila bencana seperti kebakaran dan banjir melanda..........YB kayu ini akan berkata `kami tak ada duit' ...pergilah mohon sendiri di Jabatan Kebajikan Masyarakat. SIKIT PUNYA TUNGGUL KA YB MACAM NI.


Membangun Bersama Islam kian hebat......kerana kerajaan PAS kini tidak tahu mengurus pentadbiran dan ekonomi...mereka sememangnya tak faham langsung tanggungjawab.........hal kecil seperti komisen kepada pejabat pos yang menjadi pusat bil setempat yang amat mudah untuk rakyat di kampung dan taman-taman membayar bil air.......pun tidak mampu di selesaikan. Maka mulai 1 April lalu.......rakyat Kedah terpaksa membayar bil air hanya di pejabat SADA yang tak beberapa biji sahaja pejabatnya ada bangunan...malah nak cari di mana pun rakyat umum tak tahu. Maka dimana slogan dan ngauman `Kedah Sejahtera' itu.......pekara sekecil ini pun tidak mampu untuk di selesaikan malah ianya merupakan masalah besar kepada rakyat umum.

Bonus paling besar ialah dimana Kerajaan PAS Kedah hari ini adalah sebuah kerajaan yang tidak mengambil berat soal-soal pendidikan.........inilah sebenarnya kerajaan jumud dan kampongan..........adakah patut UUM yang menjadi tempat anak-anak kita menimba ilmu termasuklah anak-anak lebai PAS dan PKR.....di kenakan cukai 200 peratus lebih tinggi.......setiap tahun UUM perlu menjelaskan cukai lebih 1.7 juta berbanding sebelum 2008 hanya 100 ribu sahaja. Apa alasan sekalipun perbuatan Kerajaan PAS ini adalah tetap tidak wajar dan begitu zalim serta amat tidak bertanggungjawab sama sekali.

Kini Kolej Insaniah atau dulunya KUIN telah dipindahkan dari Yayasan Kedah ke Majlis Agama Islam...kononnya untuk memudahkan kawalan dan urusan pentadbiran......tapi sebenarnya ialah untuk mengongkong dan mencorakan Kolej Agama ini mengikut acuan PAS tanpa melihat kepentingan pelajar dan pendidikan serta falsafah sebenar penubuhannya dahulu.

Sunday, July 17, 2011

“Bala Dicari, Maut Ditempah!!!”

Yang dilihat pada 9 Julai lalu ialah seorang wanita India sedangkan pemalu gendang dibelakangnya sebenarnya melayu.

Melayu generasi BERSIH masih belum bertemu buku dengan ruas nya…mereka sanggup menempah maut dan bergadai nyawa demi membantu si laknatullah pengkhianat kedaulatan negara..jangan fikir pihak berkuasa hanya memberi amaran dgn mulut, tgu saat dan ketika nya bila pihak berkuasa bertegas secara fizikal..bila tiba saat itu jangan pulak dijerit dan di pekik bahawa pihak berkuasa Malaysia kejam kerana ada yg terkorban @ di sumbat masuk ke dlm ISA..

kalau pilihan raya kita tidak bersih masakan pembangkang boleh menang lapan daripada 16 pilihan raya kecil di negara ini sejak Mac 2008.

Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga.

bahawa Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa pendaftaran menjadi pemilih perlu dibuat secara memohon."

"Apakah jika pembangkang menang semua sekali kerusi dalam 16 pilihan raya kecil itu, maka demokrasi dikatakan telah bersih...

Friday, July 8, 2011

Apa perlunya Ambiga hendak buat demonstrasi lagi?

Apa perlunya Ambiga hendak buat demonstrasi lagi? Mengapa tidak memberikan terus memorandum tersebut pada Yang Dipertuan Agong? Demonstrasi bukanlah cara yang profesional bagi seorang bekas presiden Majlis Peguam. Tidak perlu lagi demonstrasi di stadium, lebih baik penuhkan stadium untuk memberikan sokongan kepada Harimau Malaya menentang Liverpool dan Arsenal untuk persediaan hadapi Singapura dalam kelayakan Piala Dunia. Marilah bersama sokong Harimau Malaya, bukannya BERShit.

Wednesday, July 6, 2011

Bangangan

BERSIHKAN PULAU PINANG DARI PEMBOHONGAN MANIFESTO DAP:MANIFESTO KE 2 (PILIHANRAYA KE 12)
SALAH SATU DARIPADA PELUANG PEKERJAAN YANG DI TAWARKAN DI NEGERI PULAU PINANG. SELEPAS PULAU PINANG JATUH KE TANGAN DAP, KERJAYA SEBEGINI PUN BERTAMBAH.

dalam keasyikan lim guan eng mempromosi perhimpunan haram bersih, dia terlupa bahawa pulau pinang juga perlu dibersihkan daripada dosa pembohongan manifesto yang telah dap keluarkan pada 19/2/2008. Manifesto yang digariskan cukup indah di baca. namun, setelah 3 tahun lebih berlalu, manifesto bagaikan hampas kelapa yang hanya layak di buat baja atau pun diberi makan kepada ayam atau itik. berteraskan kepada manifesto kedua iaitu EKONOMI DINAMIK UNTUK MASA DEPAN PULAU PINANG. dap mahu menganjurkan dan mempromosikan pihak berkepentingan kepada semua syarikat yang memperolehi kontrak dengan kerajaan melebihi rm 10 juta di pulau pinang.Syarikat ini perlu menyumbangkan sebahagian keuntungan mereka.wah!!! syarikat perlu menyumbang semula kepada kerajaan negeri selepas berjaya memperolehi kontrak?bukankah ini namanya tiada akauntibiliti? atas nama kebajikan ianya berlaku. samalah seperti menyumbang rm 0.20 untuk mendapatkan beg plastik. sumbangan rm 0.20 ini dimasukkan ke dalam tabung RAKAN ANTI KEMISKINAN.

dengan nada retorik dap menyatakan ingin menarik pelabur yang mampu membayar gaji pekerja dengan lebih tinggi dan bukannya membayar dengan kadar yang rendah sehingga membawa kepada kemasukan pekerja asing. ini merupakan PEMBOHONGAN PALING DAHSYAT. sehingga ke artikel ini ditulis, guan eng gagal menarik pelabur yang boleh memberi gaji yang mahal kepada operator kilang. mana tidaknya, boleh dikatakan semua kilang di bukit minyak dan bayan lepas adalah terdiri daripada pekerja warga asing. guan eng terlupa siapakah yang tinggal di taman perumahan sekitar simpang ampat, tambun dan permatang pauh? bukankah pendatang asing?sudah 3 tahun setengah mana janji kamu guan eng dalam hal ini.

guan eng dan dap berjanji akan mentadbir pemerintahan kerajaan yang bebas daripada NEP, rasuah , ketidakcekapan yang hanya akan mendatangkan faedah kepada segelintir kumpulan kecil orang-orang umno sahaja. benarkah kerajaan guan eng sekarang bebas rasuah? bagaimana dengan isu red tone dalam hal wifi dan kes tambun tanah di batu kawan seberang perai selatan?dikhabarkan menghadapi masalah sekarang akibat tawaran yang terlalu murah. bagaimana dengan pertuduhan jeff oii kepada penjawat awam negeri yang ada menerima rasuah satu ketika dahulu ? kerajaan negeri juga dalam sidang dun mei lalu, dengan bangga menyatakan bahawa urusan pemulangan wang yang disumbangkan ke dalam tabung RAK oleh rakyat yang membeli rm 0.20 beg plastik adalah bukan di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. ini bermakna kerajaan negeri lepas tangan dalam hal sumbangan ini. kerajaan negeri juga tidak cekap dalam pengurusan jalan raya. jalan raya tetap sesak pada waktu kemuncak pergi dan pulang dari kerja. 3 tahun setengah memerintah tapi masih lembab. sebelum berkuasa cukup pandai kata nak buat ini la, nak buat itu la. macam bangkai hidup.

dap dan guan eng juga mahu menaiktaraf industri hi tech , pembuatan dan iks /PKS pada rangkaian nilai global. kenyataan ini agak retorik. sehingga kini berapa banyak iks dan PKS berstatus rangkaian bernilai global. berapa banyak kawasan iks baru yang diwujudkan? bukit minyak adalah kawasan yang dibangunkan sejak zaman BN lagi. tak nampak lagi taman industri iks yang baru di rasmikan oleh lge laknatullah.industri hi tech juga tidak kelihatan di pulau pinang. angan-angan dap tak jadi kenyataan lagi. dap nak tiru hi tech kulimkah yang dibina sejak zaman BN.

dap dan guan eng mahu meremajakan sektor pelancongan dan perkhidmatan industri dengan cara membina persekitaran hijau seperti pembinaan zoo pulau pinang yang baru, hotel dan kawasan warisan pelancongan. sektor pelancongan pulau pinang dimajukan oleh kerajaan persekutuan. keretapi bukit bendera bernilai rm 63 juta adalah peruntukan kerajaan BN. guan eng hanya tahu menaikkan kadar tiket dari rm 4 kepada rm 8. mujurlah keretapi ditaja oleh BN . kalau tak di taja, sudah pastilah harga tiket mencecah silap-silap rm 15 ke 20.sehingga kini tiada lagi zoo secara rasmi di pulau pinang.zoo pulau pinang ni nak di isikan dengan apa ? harimau, kucing ( CAT), kambing, lembu, itik serati, keldai,gajah atau juak juak PR yang sama seperti dalam zoo( oppsss jangan marah ya..nanti kena jual....)kawasan warisan pelancongan yang dibangunkan pula ada yang menjejaskan pendapatan penternak burung walid yang terdiri daripada kaum cina.

dap dan guan eng mahu merombak dan menyusun perbadaan kemajuan pulau pinang (PDC), pelaburan pulau pinang ( Penang Invest), pusat pembangunan kemahiran pulau pinang, autoriti pulau pinang untuk merangsang kemasukan lebihan pelaburan asing.yang ini teman nampak ada perubahan sikit sebab organisasi telah di susun semula dan yang pastinya organisasi di susun berdasar pegawai yang boleh menjadi pak turut kepada guan eng.guan eng sebenarnya bertuah dan wajib berterima kasih kepada kho tsu koon kerana BN telah memajukan Pulau Pinang. Pulau pinang menjadi sebuah pulau industri melalui dasar industrialisasi di bawah mending lim chong eu. dahulu dap cukup main hebat menghentam mendiang. akhirnya lebuhraya di bayan baru ke batu maung di letakkan nama lebuhraya lim chong eu.

sehingga ke hari ini tiada pelan komprehensif untuk menggalakkan ekonomi berasaskan pengetahuan untuk menyelamatkan pulau pinang dalam dunia globalisasi yang pesat berubah. k-ekonomi perlu ada.namun di pulau pinang ianya tidak diberikan perhatian walaupun dalam manifesto ke 12 disebutkan. guan eng hanya tahu berceramah politik sahaja dan sibuk pergi road show perhimpunan haram bersih. guan eng pun tak faham apa dia k-ekonomi. dia pun tiada k-value.menulis secara retorik amat mudah dan ianya tidaklah sama untuk melaksanakannya. mungkin ramai yang tidak tahu tentang manifesto dap ke 12. badarkhubro akan membongkarkannya satu persatu atas nama BERSIHKAN PULAU PINANG DARI PEMBOHONGAN KERAJAAN DAP.

PERANCANGAN BN SEHINGGA KE TAHUN 2020. SAYANG SEKALI EPENDUDUK PULAU PINANG SILAP MEMILIH SEBUAH KERAJAAN YANG KUAT BERANGAN ANGAN DAN BERETORIK DI ATAS KERTAS DAN DI ATAS PENTAS. RAKYAT PULAU PINANG PUNYAI PELUANG UNTUK MENYAMBUNG NIKMAT KEMAJUAN. KEBURUKAN YANG DILEMPARKAN DAP, PKR DAN PAS PENANG KEPADA BN HANYALAH SANDIWARA POLITIK. 3 TAHUN SETENGAH MEREKA MEMERINTAH, MEREKA TIDAK MAMPU MENUNAIKAN MANIFESTO YANG DIJANJIKAN DALAM PILIHANRAYA KE 12.

Tuesday, July 5, 2011

Jangan hancurkan apa yang dibina selama ini

Perhimpunan haram sebenarnya bukan tujuannya untuk memperbetulkan sangat sistem yang ada tetapi bermotifkan politik untuk mendapatkan kuasa melalui cara yang tidak demokratik.

Melalui demonstrasi jalanan… dan jika berlaku, banyak orang akan tumpang semangkuk. Tidak ada jaminan bahawa segala-galanya boleh berlaku dengan aman.

Kalau ada orang suka kepada rusuhan dan kekacauan, dia akan tumpang sekaki dan akan berlaku keadaan yang kita hendak elakkan.

yang bimbang bahawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan dengan mengadakan perhimpunan haram itu.